BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH

BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH
link : BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH

Baca juga


BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH

Penganalisis Pakatan Harapan yakin Barisan Nasional (BN) akan tewas tipis di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan mendakwa ia berpunca daripada protes diam-diam yang berlaku dalam kalangan penyokong parti itu dan beberapa kedudukan kerusi parti itu terancam.

Hisommudin Bakar dari Ilham Centre mendakwa ia termasuklah kerusi seperti Bakar Bata yang kini dipegang oleh Pengerusi BN Kedah yang juga merangkap sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah.

Keyakinannya itu berdasarkan kajiannya yang mendapati BN boleh hilang negeri Jelapang Padi itu pada PRU-14 akan datang.

Dewan Undangan Negeri Kedah mempunyai 36 kerusi, 19 kerusi diperlukan bagi bagi membentuk kerajaan. BN kini memegang 21 kerusi. Daripada 21 kerusi dipegang BN, lapan dimenangi dengan majoriti kurang daripada 2,000 undi.

“Kita dapati kerusi-kerusi BN yang menang dengan majoriti 2,000 ini yang berada dalam kedudukan bahaya,” dakwanya.

Beliau mendakwa hasil kajiannya mendapati ada berlaku protes tidak puas hati yang diam-diam sedang bergelora dalam kalangan penyokong parti itu di negeri tersebut.

“Di Kedah, ia bukan dilihat berapa ramai ahli UMNO ini keluar Bersatu untuk UMNO ukur kekuatan namun ia lebih kepada protes dalaman ahli UMNO sendiri.” dakwanya.

Manakala, Prof Dr Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula mendakwa kesukaran BN untuk mencapai kemenangan pada PRU nanti bagi mempertahankan negeri tersebut kononnya kerana parti itu tidak mempunyai calon yang mampu menandingi Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Imej menteri besar (Ahmad Bashah) baik tapi kurang popular berbanding Mukhriz,” katanya.

Malah, beliau mendakwa walaupun BN dapat mempertahankan negeri Kedah namun mengalami kesukaran untuk menang majoriti dua pertiga pada PRU akan datang.

“Ia tidak mustahil kerana Pakatan Harapan tidak berapa kuat memandangkan PPBM dan PAN merupakan parti baharu dan PAS pula bakal menjadi pemecah undi di Kedah,” katanya.

Sementara itu, Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia pula menyifatkan teori yang pertandingan banyak penjuru akan memberi kelebihan kepada BN adalah tidak benar.

Beliau berkata, BN boleh mencapai kemenangan majoriti dua pertiga sekiranya parti itu bekerjasama dengan PAS, ini keadaan yang mustahil akan berlaku.

“Tapi saya agak ragu juga walau bekerjasama pun tapi mereka kena ingat bahawa kedua parti ahlinya sudah berpecah (PPBM dan PAN),” katanya merujuk kepada parti serpihan UMNO dan PAS itu. –Utaranews


BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH

Sekianlah artikel BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/benarkah-bn-diramal-tewas-tipis-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BENARKAH BN DIRAMAL TEWAS TIPIS DI KEDAH?DENGAR CAKAP CAI PH MEMANG LAH"

Posting Komentar