Judul : AZMIN BERI AMARAN KEPADA PPBM SUPAYA TIDAK BUKA RAHSIA KEPADA MEDIA
link : AZMIN BERI AMARAN KEPADA PPBM SUPAYA TIDAK BUKA RAHSIA KEPADA MEDIA
AZMIN BERI AMARAN KEPADA PPBM SUPAYA TIDAK BUKA RAHSIA KEPADA MEDIA
KUALA SELANGOR: Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak sepatutnya bercakap secara terbuka rasa tidak puas hati jika ada sebarang masalah dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata rundingan berhubung pengagihan kerusi PH bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Selangor masih berjalan dan akan dibahagikan secara adil dan saksama.
“Proses rundingan masih dibuat dan akan diselesaikan dalam masa terdekat sebelum tiba pilihan raya.
“Saya lihat tiada sebab nak pergi ke ‘public domain’ (ruang awam) atau media.
“Biarkan proses berjalan terlebih dulu. Keputusan rundingan itu akan diumumkan dalam masa terdekat sebelum pilihan raya dan kemudiannya akan diumumkan kepada media,” katanya selepas Majlis Perjanjian Memiliki Rumah di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin, semalam yang mendakwa 12 kerusi UMNO Selangor akan diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata proses rundingan itu perlu dibuat bersama parti komponen lain dalam PH dengan duduk bersama dan berbincang.
“Bukan saja untuk menang tapi nak memastikan sokongan untuk Pakatan Harapan itu. Jadi kita memerlukan persetujuan bersama. Kita perlu bekerja sebagai pakatan,” katanya.
Beliau berkata, perbincangan itu perlu bagi memastikan PKR, PPBM, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP akan mendapat bahagian di Selangor.
Sementara itu, Azmin berkata, peluang PH untuk menang tetap besar walaupun BN mencalonkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai masing-masing di Sungai Besar dan Sekinchan.
“Terpulang kepada mereka tetapi saya percaya rakyat Selangor cukup bijak dan matang untuk menilai apa yang pakatan sudah laksanakan sejak 2008.
“Letaklah Shahrizat atau Liow. Kalau boleh saya cadangkan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) bertanding mana-mana parlimen di Selangor dan biar rakyat buat keputusan,” katanya – BH

Sekianlah artikel AZMIN BERI AMARAN KEPADA PPBM SUPAYA TIDAK BUKA RAHSIA KEPADA MEDIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca AZMIN BERI AMARAN KEPADA PPBM SUPAYA TIDAK BUKA RAHSIA KEPADA MEDIA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/azmin-beri-amaran-kepada-ppbm-supaya.html
0 Response to "AZMIN BERI AMARAN KEPADA PPBM SUPAYA TIDAK BUKA RAHSIA KEPADA MEDIA"
Posting Komentar