Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’

Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’ - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’
link : Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’

Baca juga


Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’

KUALA LUMUPR – “Terkejut saya mendengar ucapan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan memanggil PAS dengan gelaran PIGS,” kata ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Menurut beliau, gelaran PIGS (babi) keatas PAS turut dibuat penceramah lain dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan Pasir Mas, Kelantan iaitu Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kelantan, Datuk Sazmi Miah.

Kata beliau, memberi gelaran PIGS kepada parti PAS bukan satu tindakan yang baik kerana ia boleh meningkatkan lagi suhu politik, malah boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat.

“Kata Wan Abdul Rahim: “Kita akan mengalahkan PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA, PIGS. Ha, PIGS. Ambo tak sebut, ambo eja jah. Sebut bahaya, eja tak apa. ‘PIGS’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul berkata, lagipun penggunaan gelaran PIGS keatas PAS tidak tepat kerana Gagasan Sejahtera bukan sahaja dianggotai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tetapi parti lain termasuk Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

“Tidak patut jika mereka yang bergelar Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Negeri (parti politik) berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pemerhatian beliau mendapati pemimpin Pakatan Harapan kini mengamalkan taktik politik Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu dilantik sebagai pengerusi mereka.

Beliau memberi contoh Naib Presiden PAN, Husam Musa mengugut mahu menyebarkan rakaman sulit seorang pemimpin PAS yang mengaku PAS menerima wang daripada UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Kali Ke-14.

Jelas beliau, taktik tersebut paling mudah untuk memberi persepsi negatif terhadap lawan politik kerana tidak memerlukan modal yang besar untuk melakukannya.

“Ugutan Husam mengingatkan saya kepada perkara sama dilakukan Mahathir terhadap Presiden S46 dan PAS menjelang PRU Ke-8 pada 21 Oktober 1990. Mahathir mengumumkan beliau memiliki pita rakaman ucapan sulit Tengku Razaleigh untuk membunuh PAS.

“Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai ke sudah pita rakaman ucapan sulit Tengku Razaleigh gagal didedahkan Mahathir,” katanya.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai oleh PPBM, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN. 


Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’

Sekianlah artikel Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’ linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/ahli-akademik-terkejut-pan-gelar-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’"

Posting Komentar