WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR?

WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR?
link : WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR?

Baca juga


WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR?

Imbas kembali sejarah kewujudan PPBM telah setelah pemecatan Dato Seri Mukhriz Mahatir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Jun 2016 serta tindakan keluar UMNO Datuk Seri Shafie Apdal pada 4 Julai 2016. ROS telah mencatatkan tarikh 9 Sept 2016 bagi meluluskan parti ini selaku pertubuhan politik yang baru. Persoalannya dalam menyemai pengaruh mereka perlu satu mekanisme atau ideologi politik yang boleh mendapatkan perhatian masyarakat Malaysia dalam tempoh yang singkat. Ini kerna mereka tahu, perkara ini menjadi perkara pokok yang mesti mereka lakukan untuk menjayakan matlamat serta visi mereka.

Mereka kerap melakukan pertemuan beberapa kali dan mereka senantiasa memberi keyakinan diantara satu dengan lain. Termasuk membawa tindakan Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada UMNO pada 4 Julai 2016. Perlunya kita lihat tarikh-tarikh ini dalam memahami perjalanan pujuk memujuk dan sikap jatuh menjatuhkan wujud dikalangan mereka. Ada pemerhati politik melihat mereka adalah bersekongkol dalam menjatuhkan barisan kepimpinan UMNO. Ini memberi impak perpecahan peringkat dalaman UMNO itu sendiri kesan ketidakpuasan hati Tun Mahatir Mohammed terhadap corak Barisan Nasional yang lebih terbuka tanpa menjadikan beliau bukan sebagai "first adviser" kepada BN.

Ini disebabkan terlalu banyak perkara yang membuatkan kepimpinan tertinggi berbuat demikian termasuk banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang sewaktu itu menjurus kesan kepada kepimpinan dahulunya yang terlalu membelakangi perjuangan asal parti dan lebih kepada tujuan peribadi semata-mata. Kita seharusnya rasional, perkara-perkara ini diambil kira disebabkan rakyat kebaikan secara keseluruhannya. Lihat sahaja bagaimana kerajaan terpaksa membeli nilai 2 kali ganda harga pasaran untuk menyelamatkan MAS. Perkara ini cukup memberi suatu kesan yang besar terhadap negara. Seterangnya memperlihatkan Tun Mahatir Mohammed merupakan dikalangan pemimpin yang gagal.

Terlalu banyak perkara yang telah dilakukan beliau malah menyimpang kepada semangat 46 iaitu tarikh penubuhan UMNO seperti dilaungkan oleh Tan Sri Razaliegh Hamzah. Penyingkiran demi penyingkiran termasuk tindakan memenjarakan itu pasti menunjukkan sikap Tun Mahatir Mohammed itu cukup jelas hanya menjaga dirinya sahaja.

Difikirkan secara logik, pakatan mereka dalam PPBM telah melahirkan suatu kongklusi perbincangan dimana mereka sedar PPBM tidak akan hidup di Sabah. Oleh yang demikian, timbul rancangan untuk menubuhkan parti tempatan Sabah. Kesempatan kebangkitan ideologi "Sabah for Sabahan" dirompak untuk mereka mendekati dan menipu bangsa sabahan. Datuk Seri Shafie Apdal dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perkara ini sehingga tertubuhnya Parti Warisan pada 17 Okt 2016.

Persoalan yang selalu bermain difikiran. Adakah ini semangat sebenar Sabahan yang seperti dilaungkan oleh Parti Warisan? Patutkah kita melupakan apa yang dilakukan oleh Tun Mahatir Mohammed keatas Sabah serta memenangi beliau ke peringkat kerajaan persekutuan. Setelah apa yang dilakukan oleh pemimpin ini keatas Sabah dahulu sehinggakan hasil pun diambil, dirobek, dirompak, untuk kepentingan mereka. Sewaktu itu apa yang kita perolehi hanya jalan yang masih kuning dan kemunduran serta kadar kemiskinan yang masih melebar di sabah. Dimana persis tindakan Datuk Seri Shafie Apdal selaku pemimpin tertinggi diperingkat pusat untuk Sabah. Sedangkan peruntukkan dibawah kementeriannya dahulu dilhat seperti mengenyangkan kroninya sahaja.

Mendengar seorang bangsa Melayu mengatakan " musuh orang sabah merupakan dikalangan pemimpin Sabah itu sendiri". Admin sebenarnya terkesan, selaku orang sabah bangsa Sabahan. Orang tersebut merupakan Ceghu Bard dan merupakan bekas ahli PKR yang telah bertanggungjawab membongkar skandal KKLW serta skandal Datuk Seri Shafie Apdal terhadap seorang artis. Sedihnya ada dikalangan kita masih hanyut dengan cagaran-cagaran atau janji-janji palsu Parti Warisan. Ke mana perginya rasional kita sebagai Sabahan. Lebih memikirkan perkara logik dari berfikir lebih mendalam berkenaan objektif sebenar mereka.

Admin percaya rakyat Sabah lebih bijak untuk menilai. Keterbukaan kerajaan hari ini memberi kita untuk berfikir keatas setiap dasar dan perlaksanaan digalas kerajaan hari ini. Kebajikan rakyat, ekonomi dan pembangunan terus dilakukan dengan saksama. Sehinggakan sejumlah peruntukkan terbesar telah disalurkan oleh kerajaan pusat kepada negeri Sabah dan diakui peruntukkan ini menutup kemampuan Tun Mahatir Mohammed selaku mantan perdana menteri lalu. Perbandingan ini fakta dan ianya bukti komitmen kerajaan tidak seperti yang diperkatakan oleh pembangkang.

Hasutan dan fitnah pembangkang itu perlu kita fikir2kan sejauhmana rasionalnya. Usah kita terlalu cepat menerima terjahan propaganda pembangkang. Realitinya setiap kebaikkan yang dilakukan kerajaan merupakan igauan buruk dari kalangan pembangkang. Semestinya mereka melakukan apa cara sekalipun dalam mengagalkannya. Termasuk mencetak rompak ideologi Sabahan untuk mempengaruhi Sabahan.

SABAH TANAH AIRKU,
Kuasa itu ditangan anda, keputusan menolak Warisan adalah keputusan yang menunjukkan kita merupakan orang sabah yang sebenar. Yang tahu akan sejarah perjuangan tulang temulang pemimpin terdahulu. Pahit getir memelihara Sabah dan hari ini, dipermainkan oleh pakatan politik kotor PPBM dan Warisan. Ingat lah menyokong Warisan menunjukkan anda menyokong Ideologi Mahatirismse.


WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR?

Sekianlah artikel WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/warisan-hasil-cetusan-shafie-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "WARISAN HASIL CETUSAN SHAFIE BERSAMA MAHATIR?"

Posting Komentar