Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor

Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor
link : Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor

Baca juga


Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor

PAS Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor minggu ini jika isu pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya akan meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli parlimen dan Adun PAS telah disekat.

"Sekiranya Mohamed Azmin (Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tidak dapat memberikan jawapan munasabah, kami merancang akan menghadap sultan," katanya.

Difahamkan, desas desus sekatan peruntukan kepada semua 13 ADUN PAS Selangor dan lima penyelaras DUN oleh kerajaan negeri sudah mula bertebaran hujung tahun lalu.

Menurut Sallehen, beliau diberitahu oleh Bendahari Selangor bahawa segala peruntukan kawasan kepada wakil rakyat PAS negeri dan penyelaras Dun telah disekat, dan adalah dipercayai arahan itu daripada Mohamed Azmin.

"Sehingga hari ini, saya hanya diberitahu secara lisan dan belum menerima sebarang surat pemberitahuan secara rasmi," katanya.

Sallehen menegaskan, Adun PAS dipilih rakyat dan mereka adalah wakil rakyat, oleh itu, Kerajaan Selangor tidak patut melayani mereka sebagai parti pembangkang dengan membekukan peruntukan kawasan.


Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor

Sekianlah artikel Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/wakil-rakyat-pas-disekat-peruntukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor"

Posting Komentar