Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar

Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar
link : Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar

Baca juga


Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri tidak boleh diterima oleh penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Air mata,darah, keringat dan pengorbanan peribadi mereka membela Anwar Ibrahim selama 20 tahun yang ditindas oleh Tun Mahathir, dalam sekelip mata telah menjadi sia-sia dan diperlekehkan begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui ruangan twitternya @mpkotabelud hari ini.

Abdul Rahman berkata tidak hairan ada penyokong PH marah dan mempersoal kenapa bekas perdana menteri dan bekas timbalan perdana itu dengan mudah bermaafan setelah memaki hamun sesama mereka selama 20 tahun.

“Jangan ingat soal Tun M dan Anwar berbaik semula hanyalah isu antara dua individu politik. Realitinya persengketaan peribadi Mahathir dan Anwar sejak 1998 telah memporak-perandakan dan melumpuhkan kestabilan negara,” katanya.

Beliau berkata tindakan dua pemimpin tersebut juga membuat rakyat terkilan kerana ia ternyata mempunyai kepentingan politik apabila meminta maaf secara lewa dan memaksa rakyat menerima kemaafan itu.

Abdul Rahman berkata selama 20 tahun persengketaan dua pemimpin tersebut rakyat dihidang dengan demonstrasi, rusuhan dan kempen menghasut yang tidak pernah reda sejak 1998 dan akibatnya ekonomi terkesan serta kestabilan politik negara terjejas.

“Krisis politik demi krisis politik saling berganti sepanjang 20 tahun Tun M dan Anwar berperang antara mereka.

“Demi permainan nafsu politik, mereka sanggup nak memperjudikan kestabilan negara dan ramai kerjaya orang politik binasa kerana persengketaan mereka,” katanya.

Abdul Rahman seterusnya berkata rakyat terutama penyokong Anwar selama ini tidak akan diperbodohkan kerana mereka menyedari ia hanya sandiwara politik mereka berdua.

Semalam, PH mengumumkan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). – BERNAMA


Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar

Sekianlah artikel Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/tun-m-calon-pm-tak-diterima-penyokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun M Calon PM Tak Diterima Penyokong Tegar Anwar"

Posting Komentar