Judul : Tok Him: Tidak sokong Mahathir kerana enggan gadai maruah
link : Tok Him: Tidak sokong Mahathir kerana enggan gadai maruah
Tok Him: Tidak sokong Mahathir kerana enggan gadai maruah
Meskipun tidak lagi bersama UMNO namun Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali merasakan yang parti itu adalah yang terbaik serta mampu menyakinkan dirinya dalam memperjuangkan agama dan bangsa Melayu.
“Kalau tiada parti yang boleh saya yakin better than UMNO, so the best is UMNO,” katanya riingkas dalam program Perjuangan 4All yang disertai Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, malam Sabtu.
Beliau yang dikenali Tok Him berkata PPBM sehingga hari ini bukan parti yang terbaik untuk mempertahankan bangsa meskipun telah diputuskan yang parti itu akan bertanding di 52 kerusi parlimen di semenjung iaitu lebih banyak daripada DAP yang hanya 35 kerusi sahaja.
“Kena ingat, DAP bertanding di kawasan yang mereka dah tentu menang, PPBM bertanding di kawasan UMNO yang belum tentu mereka boleh menang, kalau undi pun sebab ada yang sayangkan Tun Mahathir,” jelasnya lagi.
Mengulas tindakan PPBM yang menyertai gabungan PH yang dibarisi DAP di dalamnya, menyebabkan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu membantutkan niatnya untuk bersama dengan Dr Mahathir dalam perjuangan kerana tidak mahu menggadaikan maruah bangsa kepada parti serpihan PAP itu.
“Saya kasihkan Dr Mahathir ini, tuhan sahaja yang tahu, tapi ini soal pegangan prinsip saya, kalau sebab projek ini boleh buka tutup bayar hutang Dan sebagainya, tapi kalau rombak polisi, asas perlembagaan kita, semua akan berubah.
“Kalau pada awal PPBM tak bergabung dengan DAP, saya antara orang yang terawal akan menyertainya, tapi DAP ini lain, dia mendokong falsafah Malaysian Malaysia, itu bahaya, itu yang saya tak boleh terima sangat sampai sekarang,” jelasnya lagi.
Ibrahim turut menjelaskan yang beliau sedar akan sokongan Dr Mahathir terhadap penubuhan PERKASA, namun beliau tidak akan sesekali mengubah pegangannya hanya kerana sokongan yang diberi bekas pemimpin veteran tersebut.
“Saya amat rapat dengan Dr Mahathir dan saya tetap hormat dia sebagai seorang pemimpin yang banyak jasa dengan negara, sama saya hormat dengan Anwar, sama saya ikut dengan Ku Li dulu, tapi saya takkan gadai maruah bangsa saya,” tegasnya

Sekianlah artikel Tok Him: Tidak sokong Mahathir kerana enggan gadai maruah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tok Him: Tidak sokong Mahathir kerana enggan gadai maruah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/tok-him-tidak-sokong-mahathir-kerana.html
0 Response to "Tok Him: Tidak sokong Mahathir kerana enggan gadai maruah"
Posting Komentar