Judul : `Tiada pekeliling larang ke sekolah' - Imigresen
link : `Tiada pekeliling larang ke sekolah' - Imigresen
`Tiada pekeliling larang ke sekolah' - Imigresen
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menafikan pernah mengeluarkan pekeliling menghalang kanak-kanak tanpa warga negara memasuki alam persekolahan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar masuk ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan, disediakan.
"Saya tegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warga negara memasuki persekolahan," katanya dalam satu kenyataan.
Ia susulan laporan media, baru-baru ini, berhubung tindakan Jabatan Imigresen melarang kanak-kanak bernama Darshana, 7, di Seremban daripada menghadiri sesi persekolahan kerana tidak mempunyai pasport yang membuktikan negara asalnya.
Pada 6 Januari lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membenarkan kanak-kanak terbabit memasuki sekolah awam walaupun permohonan untuk kewarganegaraan sedang dalam proses.
`Tiada pekeliling larang ke sekolah' - Imigresen
Sekianlah artikel `Tiada pekeliling larang ke sekolah' - Imigresen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca `Tiada pekeliling larang ke sekolah' - Imigresen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/tiada-pekeliling-larang-ke-sekolah.html
0 Response to "`Tiada pekeliling larang ke sekolah' - Imigresen"
Posting Komentar