Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam

Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam
link : Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam

Baca juga


Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam

KUALA SELANGOR- Perjumpaan Pakatan Harapan (Harapan) bersama duta negara Eropah (EU) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata sengaja menimbulkan spekulasi sekali gus mahu menjatuhkan Presiden Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjelaskan, perjumpaan itu yang bertujuan untuk menggesa kerajaan melaksanakan pilihanraya umum ke-14 dengan adil adalah alasan yang tidak munasabah.

“Setiap piliharaya umum mahupun kecil dilaksanakan badan berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan bukan saja memfitnah BN malah menafikan ketelusan SPR selama ini.

“Mereka hanya mahu mensensasikan perjumpaan itu dengan membuat spekulasi kononnya kerajaan akan bertukar tangan. Spekulasi ini hanyalah tujuan untuk mewujudkan persepsi dan tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyifatkan gesaan pemimpin Harapan itu tidak logik kerana mempersoalkan ketelusan SPR.

“Adakah kemenangan Pakatan Harapan yang sebelum ini menguasai beberapa negeri pada pilihanraya umum ke-13 lalu disifatkan satu pilihanraya tidak adil?

“Semua ini hanyalah propaganda murahan yang menjadi irama baru Harapan. Sikap pemimpin Harapan ini langsung tidak berpaksikan kenyataan dan tidak dapat menerima hakikat wujudnya demokrasi yang telus di negara ini.

“Saya amat yakin rakyat tidak akan termakan dengan pembohongan mereka dan sedar bahawa hanya kerajaan BN sahajalah yang dapat memakmurkan negara untuk masa depan yang lebih gemilang,” katanya lagi.


Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam

Sekianlah artikel Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/spekulasi-hanya-untuk-jatuhkan-najib_29.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan Najib: Irmohizam"

Posting Komentar