Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan

Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan
link : Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan

Baca juga


Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit diramal naik ke paras 3.95 berbanding dolar AS minggu depan berikutan data perdagangan yang mantap yang dikeluarkan baru-baru ini ekoran pengukuhan harga minyak mentah dan kemerosotan mata wang AS.
 
Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata, data Indeks Pengeluaran Perindustrian yang lebih baik daripada dijangka yang dikeluarkan pada Khamis lepas, menonjolkan daya tahan ekonomi domestik.
 
“Ia memberi syarat kukuh untuk Bank Negara Malaysia menaikkan kadar faedah pada Januari,” katanya kepada Bernama.
 
Innes berkata, pengukuhan harga minyak mentah yang bergerak melepasi AS$69 (AS$1=RM3.97) setong baru-baru ini akan membawa ringgit ke paras 3.95 berbanding dolar AS, mungkin seawal minggu depan.
 
Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar US kepada 3.9700/9730 daripada 3.9950/9000 pada minggu lepas.
 
Bagaimanapun ia diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
 
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9895/9924 daripada 3.0081/0123 minggu lepas dan menambah berbanding pound Britain kepada 5.4040/4084 daripada 5.4048/4132.
 
Unit tempatan itu menyusut berbanding yen kepada 3.5727/5761 daripada 3.5279/5333 Jumaat lalu dan merosot berbanding euro kepada 4.8128/8181 daripada 4.8116/8192.


Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan

Sekianlah artikel Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/ringgit-diramal-naik-395-berbanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ringgit diramal naik 3.95 berbanding dolar minggu depan"

Posting Komentar