REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA

REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA
link : REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA

Baca juga


REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA

Reformis 1998 sepakat bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad adalah punca kepada masalah negara.

Menurut aktivis politik, Haris Ibrahim, tindakan PH mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak masuk akal.

“Ekonomi Malaysia kalau kita rujuk balik kepada analisa, 22 tahun ekonomi ditangani oleh Dr Mahathir laporannya tak berapa elok.

“Jadi bagi saya negara ini sekarang menghadapi situasi di mana dari segi institusi, ekonomi dan lebih penting lagi semangat negara telah dihancurkan oleh Mahathir.

“Tapi kenapa dia sebagai calon Perdana Menteri? Itu tidak masuk akal. Dah menang pru14, bagi kepada pencuri penyangak itu buat apa?” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam forum ‘Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik’ yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Forum itu dianjurkan Malaysia Bebas daripada Perasuah & Diktator dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ahli panel lain adalah Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Rais Hussain; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; penganalisis politik, Nathaniel Tan; bekas editor portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan aktivis, Haris Ibrahim manakala Y Kohila bertindak sebagai moderator.

Sementara itu Fathi Aris pula berkata untuk memulakan perubahan masa silam tidak boleh dilupakan.

Sebagai pengamal media katanya, beliau masih ingat bagaimana kebebasan media disekat ketika Mahathir Perdana Menteri.

Ini ujar beliau berbeza dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Najib hanya saman saya sahaja, dia tak tutup Malaysiakini. (Tapi) Mahathir rampas komputer malaysiakini,” tegas beliau.

Bagi Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin pula kehadiran Mahathir dalam pakatan pembangkang disifatkan dapat merosakkan gabungan terbabit.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard, berkata kehadiran Mahathir yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat turut sama membawa pengaruh Mahathirism dalam pakatan itu.

“Belum pun Mahathir berkuasa, beliau sudah memijak pemikiran rakyat apabila mempertahankan sistem tol memberitahu kadar tol Malaysia masih rendah.

“Malah beliau berkata, sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) beliau mahu menubuhkan Proton yang baharu.

“Kehadiran Mahathir seperti mahu pemimpin pakatan hanya mengikut petunjuk beliau saja,” katanya.


REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA

Sekianlah artikel REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/reformis-98-sepakat-mahathir-punca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "REFORMIS ‘98 SEPAKAT, MAHATHIR PUNCA MASALAH NEGARA"

Posting Komentar