Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh

Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh
link : Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh

Baca juga


Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata membaca senarai reformasi yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan hari ini adalah seperti membaca salinan deklarasi sebelumnya yang dibuat sejak 20 tahun lepas sejak 1998.

Beliau berkata reformasi teras 13 perkara itu adalah antara pengumuman yang dibuat hari ini yang akan dilaksanakan dengan segera jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Sebagai contoh, perkara mengenai reformasi Parlimen dan menjadikannya sebuah institusi bebas telah diulang-ulang selama lebih 20 tahun.

“Sistem Parlimen Malaysia berfungsi seperti sistem Westminster British yang menyaksikan anggota parlimen mengundi mengikut parti dan tidak seperti Senat/Kongres di Amerika Syarikat apabila anggota Senat/Kongres mengundi bukan berdasarkan parti.

“Jadi, bagaimana pakatan hendak memenuhi janji ini sedangkan mereka memecat anggota parti sendiri yang contohnya, mengundi menyokong rang undang-undang kerajaan?,” kata Salleh menerusi catatan dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com, malam ini.

Beliau juga berkata, yang anehnya ialah dahulu, agenda reformasi 13 perkara ini adalah sebab yang diberikan oleh pembangkang tentang mengapa bekas perdana menteri itu Tun Dr Mahathir Mohamad harus disingkirkan dan diganti.

“Kita perlu menyingkirkan Mahathir, kata mereka, supaya reformasi dapat dilaksanakan, dan selagi Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri, Malaysia tidak akan “melihat” reformasi.

“Hari ini mereka memberitahu kita Mahathir mengetuai agenda reformasi ini. Dan untuk menjadikan Mahathir perdana menteri mereka untuk membantu memperjuangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara sedangkan Anwar dipenjarakan pada 1998 disebabkan Mahathir, ini adalah situasi yang sangat mengelirukan,” kata beliau.

Pakatan Harapan hari ini mengumumkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRK-14).


Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh

Sekianlah artikel Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/reformasi-dulu-untuk-jatuhkan-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Reformasi.. Dulu Untuk Jatuhkan Mahathir, Sekarang Angkat – Salleh"

Posting Komentar