PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS

PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS
link : PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS

Baca juga


PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS

SHAH ALAM: Penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah mengingatkan Pakatan Harapan (PH) agar tidak hanya 'menggunakan' artis ketika berkempen untuk meraih sokongan pengundi lebih-lebih lagi ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Bercakap dalam slot 'Pentas Rakyat' mewakili golongan artis, Aishah yang baru memenangi pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 4 (GV4) berkata golongan artis harus sentiasa diberikan ruang untuk bersuara kerana mereka juga sebahagian daripada rakyat di negara ini.

"PH perintah tahun ini? Janganlah masa berkempen saja ajak artis. Bila sudah memerintah dan ada bajet, lupakan kami," katanya berseloroh sambil disambut sorakan perwakilan.

Aishah dalam pada itu juga menyeru golongan artis agar mengambil tahu perkembangan politik semasa negara, selain mahu mereka berani bersuara mengetengahkan isu-isu semasa.

Dakwanya juga, tindakan seorang pelakon wanita yang menyatakan pendapatnya baru-baru ini, tidak wajar dikecam hanya kerana berani bersuara mengenai isu politik. 

"Sampaikan artis bersuara tentang kos kehidpuan saja, tapi disuruh 'pergi betulkan lakonan kau'. Habis itu penyanyi buat apa? Takkan 24 jam menyanyi?," katanya tanpa menyebut nama artis yang dimaksudkan secara spesifik, namun dipercayai merujuk kepada pelakon Fathia Latiff.

Fathia sebelum ini memuat naik satu tweet mempersoalkan isu-isu semasa dan dilihat lantang bersuara berkenaan dasar-dasar kerajaan.

Malah pelakon itu juga dilihat mesra pembangkang dan pernah mewawancara Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan itu mengundang kritikan seorang lagi pelakon yang juga Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar.

Dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) Disember lalu, Dira berkata, rakyat tidak perlu percaya pada dakyah yang dibawa oleh Fathia Latiff kerana pelakon tersebut tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan

"Saya tak berani nak kata wakili golongan artis. Tapi saya wakili diri saya yang menjadi artis selama 30 tahun. Dah lama artis ini tak muncul di muka televisyen hanya kerana berani.

"Saya seru kepada rakan artis kena ambil tahu kerana setiap keputusan politik ada kesan. Kena ambil tahu. Kita semua akan rasa kesan daripada keputusan politik. Kalau muka saya tak keluar televisyen lagi, anda tahu kenapa. Kerana ini (terlibat politik)," katanya.

Aishah kemudian mengakhiri ucapan dengan mendendangkan lagu 'Bahtera Merdeka'.


PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS

Sekianlah artikel PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/ph-jangan-guna-artis-semasa-kempen-saja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH jangan 'guna' artis semasa kempen saja - Aishah...Dulu Kempen PAS"

Posting Komentar