PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi

PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi
link : PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi

Baca juga


PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi

PH Menyatakan kebimbangan terhadap tindakan pengundi yang memboikot Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad tindakan itu hanya akan memberi keuntungan kepada BN sahaja.

PUTRAJAYA 23 JAN 2018-Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Malah beliau dalam masa yang sama turut membuat tuduhan bahawa pihak yang memboikot itu adalah orang UMNO sendiri dimana ia adalah strategi dan taktik kotor yang digunakan bagi mempengaruhi rakyat agar tidak keluar mengundi pada PRU nanti.

“Ada segelintir orang yang membuat promosi boikot pilihan raya, kebanyakan mereka ini datang daripada orang UMNO, kononnya tak ada beza antara PH dengan Najib. Kemudian jangan ambil bahagian, rosakkan kertas undi.

“Masalahnya UMNO nak cari kemenangan dengan banyak cara dan tipu helah yang mereka akan gunakan,” dakwanya pada sidang media di Putrajaya, Selasa.

Tun Mahathir berkata demikian bagi merujuk kepada kempen di media sosial yang mengajak pengundi supaya memboikot pilihan raya dan juga membuat undi rosak.

Tukang kempen anti PRU14 ini memulakan wacana dan menyebarkan mesej dengan tanda pagar #UndiRosak atau #SpoiltVote, dan #ProtesPRU.

Penyokong kempen undi rosak itu mendakwa tindakan mereka bertujuan menunjukkan kehampaan rakyat terhadap dua gabungan utama parti politik Malaysia iaitu BN dan PH.

Pilihan PH menamakan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara telah mencetuskan kemarahan sebahagian daripada penyokong kempen undi rosak.

Antaranya, mereka menyalahkan Tun Mahathir kerana telah merosakkan institusi negara, mengekang kebebasan dan mewujudkan budaya politik wang ketika memerintah selama 22 tahun.

Sebelum ini juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengulas perkara yang sama dengan berkata ia adalah kewajipan sebagai orang Islam yang harus dilaksanakan untuk mengundi bagi menentukan pentadbir akan datang.


PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi

Sekianlah artikel PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/ph-bimbang-kalah-pru14-seru-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PH bimbang kalah PRU14, seru rakyat jangan boikot undi"

Posting Komentar