Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam'

Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam' - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam'
link : Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam'

Baca juga


Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam'

Tindakan China yang menumpukan pelaburan ke Malaysia membuatkan pihak pembangkang menjadikan negara itu sebagai 'kambing hitam' dengan menuduh ekonomi negara ini sedang dijajah.

Penganalisis yang juga Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr. Azmi Hassan berkata pembangkang cuba melibatkan pelaburan dari China ke Malaysia kerana merasakan ia sasaran mudah untuk mereka memanipulasikan rakyat bagi menentang pihak kerajaan.

“Paling ketara kerana Malaysia yang menjadi tumpuan China, sebab itu saya melihat China itu menjadi kambing hitam kerana mereka mengatakan China ini menjajah melalui sumber ekonomi, faktor ekonomi.

"Tindakan menjadikan China sebagai kambing hitam sebenarnya merupakan satu percaturan politik oleh pihak yang menentang kerajaan, strategi sama digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mana Amerika Syarikat dijadikan kambing hitam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam forum “Pelaburan China di Malaysia: Apa Isu Sebenarnya?” anjuran CWIMS di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Rabu.

Antara lain yang menjadi panel adalah Konsultan Keselamatan dan Penyiasatan, Kapten (B) Rahmat Omar, Exco Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Pengarang Berita AgendaDaily.com, Helme Hanafi yang bertindak sebagai moderator.

Tambah Azmi, China menjadi 'pilihan' pihak pembangkang sebagai kambing hitam adalah kerana percaturan politik dan permainan persepsi yang cuba ditonjolkan.

“Kalau kita ungkit kembali semasa PRU13, isu China langsung tidak timbul, kambing hitam pada ketika itu adalah Amerika Syarikat tapi selepas Amerika, pada 2016 China dijadikan kambing hitam pula.

“Malaysia dan China sebenarnya dah lama jadi rakan dagang, jadi kenapa baru-baru ini , timbul pada 2016 bahawa ada masalah dengan China dan mereka menjadi sasaran mudah boleh dimanipulasi.

“Kalau kita ikut daripada 2013, pertumbuhan pelaburan asing yang paling banyak sehingga sekarang bukan China, China nombor empat, yang pertama adalah Amerika, pertumbuhan 100 peratus hingga sekarang, tapi kenapa orang tidak sebut Amerika? Sebab Amerika tidak boleh jadi kambing hitam sekarang, China itu lebih mudah,” katanya.

Azmi turut menegaskan, peningkatan pelaburan China ke Malaysia bukan bererti negara ini sedang digadaikan kepada negara yang mempunyai kuasa besar itu kerana pelaburan yang dibuat memberi manfaat kepada pembangunan  Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

“Amerika Syarikat dan Jepun telah melabur di negara ini sejak sekian lama dan hanya baru-baru ini, China mula meningkatkan pelaburan.

“China pada masa sekarang sudah menjadi sebuah negara berekonomi kukuh. Ia boleh melabur di mana sahaja yang mereka mahu, tetapi mereka memilih Malaysia. Ini adalah kerana, kita mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dengan mereka dan sebaliknya, kita memerlukan pelaburan untuk membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Ujarnya lagi, pelaburan syarikat-syarikat China di Malaysia adalah bersifat jangka panjang dan negara tersebut melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik di rantau ini.

“Jika China hanya melabur untuk jangka masa pendek, tidak mungkin mereka hendak melabur di negara ini dan sedar akan potensi pelaburan yang dapat dicapai dan ia tentunya satu petunjuk yang baik bagi ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang,” ujarnya.


Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam'

Sekianlah artikel Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam' linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/percaturan-politik-pembangkang-jadikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Percaturan politik pembangkang jadikan China 'kambing hitam'"

Posting Komentar