Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang

Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang
link : Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang

Baca juga


Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang

VIDEO pengadil England, Mark Clattenburg yang menghentikan perlawanan selepas mendengar azan berkumandang, tular di media sosial terutama sekali di kalangan peminat bola sepak.

Ia berlaku dalam satu perlawanan Piala Raja-Raja Arab Saudi antara Al Feiha dan Al Fateh, semalam.

Perkara ini sudah menjadi amalan di Malaysia, walaupun dikendali pengadil bukan Islam. Bagaimanapun, video ini tular di media sosial kerana dilakukan oleh seorang pengadil yang popular dan bukan seorang Islam.

Tindakan Clattenburg mendapat pujian ramai kerana sikapnya yang sensitif terhadap budaya dan agama negara tersebut.

Peristiwa tersebut dapat disaksikan di saluran YouTube, Malayalam News.

Sudah pasti Clattenburg diberi taklimat mengenai perkara ini sebelum mengendali sesebuah perlawanan bola sepak di Arab Saudi.

Clattenburg adalah seorang pengadil bola sepak yang disegani di Eropah dan antara pengadil yang terbaik di Liga Perdana dan England.

Namun Clattenburg membuat keputusan untuk berhijrah ke Arab Saudi untuk menggantikan rakan senegaranya, Howard Webb sebagai ketua pengadil untuk Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) pada Februari 2016.

Menurut laporan akhbar Britain, Mirror, Webb terkejut dengan keputusan Clattenburg untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana dia mungkin terlepas untuk dipilih menjadi pengadil pada Piala Dunia 2018 di Rusia nanti.


Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang

Sekianlah artikel Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pengadil-england-henti-perlawanan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang"

Posting Komentar