Judul : Pembangkang Cuba Bawa Masuk Campur Tangan Asing
link : Pembangkang Cuba Bawa Masuk Campur Tangan Asing
Pembangkang Cuba Bawa Masuk Campur Tangan Asing
Pada 25 Januari Pakatan Harapan telah mengadakan pertemuan dengan Duta-Duta Besar EU dan telah membangkitkan isu-isu negatif terhadap negara. Pertemuan ini jelas mengundang campur tangan asing dalam urusan negara serta perkara-perkara yang dibangkitkan telah menjejaskan maruah dan kedaulatan negara.
Dalam pertemuan tersebut, Pakatan Harapan membangkitkan isu-isu berhubung pentadbiran negara serta meminta campur tangan negara asing dalam negara kita. Ini jelas menjejaskan usaha-usaha Kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan serta imej negara termasuklah usaha Kerajaan dalam mempertahankan industri kelapa sawit negara yang boleh memberikan kesan langsung terhadap ratusan ribu pekebun kecil yang bergantung kepada industri ini untuk kehidupan harian mereka.
Politik sempit Pakatan Harapan telah merumitkan strategi dan dasar Kerajaan untuk membela rakyat negara ini.
Dalam masa Malaysia diiktiraf dan disanjung di pesada dunia, dan ketika ekonomi negara sedang rancak bergerak kepada pertumbuhan yang kukuh, politik Pakatan Harapan yang mengundang penglibatan luar mempamerkan niat sebenar pihak pembangkang tersebut yang membelakangkan kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Kita difahamkan bukanlah menjadi hasrat Duta-Duta Besar EU untuk mendengar tuduhan-tuduhan negatif Pakatan Harapan terhadap Kerajaan, namun tindakan Pakatan Harapan yang berusaha untuk melibatkan kuasa-kuasa asing, adalah satu tindakan yang amat tidak patriotik dan sesungguhnya telah meremehkan maruah negara bangsa kita.
Malaysia sebagai sebuah negara demokratik dan yang bebas, tidak menghalang Duta-Duta Besar asing mengamalkan amalan diplomatik antarabangsa, selari dengan norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub di dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Kerajaan tidak akan teragak-agak di dalam membela hak rakyat dan kedaulatan serta maruah negara untuk mengambil tindakan tegas yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak asing yang melanggar norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub dalam konvensyen tersebut.
Adalah jelas usaha-usaha pihak Pakatan Harapan merupakan satu politik terdesak yang amat dikesali kerana ianya mengundang campurtangan dan tekanan kuasa asing ke atas nilai-nilai dan prinsip serta amalan demokrasi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Ini merupakan satu lagi helah dan hipokrasi yang menjadi teras politik Tun Dr. Mahathir Mohamad yang nyata telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat demi untuk meraih kuasa. Pada ketika beliau menjadi Perdana Menteri, beliau merupakan seorang yang amat kritis terhadap negara-negara Barat. Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan melibatkan Duta-Duta asing dalam usaha untuk meremehkan strategi Kerajaan harus menjadi satu kejutan akan siapa sebenarnya yang menjulang dan mempertahankan hak serta martabat dan kedaulatan negara.
DATO’ SRI ANIFAH AMAN
Menteri Luar Negeri

Sekianlah artikel Pembangkang Cuba Bawa Masuk Campur Tangan Asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pembangkang Cuba Bawa Masuk Campur Tangan Asing linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pembangkang-cuba-bawa-masuk-campur.html
0 Response to "Pembangkang Cuba Bawa Masuk Campur Tangan Asing"
Posting Komentar