Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak

Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak
link : Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak

Baca juga


Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak


 



Angkatan Wanita Amanah (Awan) Nasional menggesa pemantauan dan kaedah pengurusan rumah kebajikan menempatkan kanak-kanak di negara ini ditingkatkan sebagai sebahagian usaha membasmi jenayah seks kanak-kanak.

Mengulas kes tangkapan pelaku jenayah seks kanak-kanak yang juga penjaga sebuah rumah kebajikan anak yatim di Ampang Jaya, baru-baru ini, Ketua Awan Nasional Dr Siti Mariah Mahmud (foto) berkata kecekapan pihak polis menyiasat sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut perlu diberikan pujian.

“Selepas membaca perkembangan laporan kes jenayah ini, sudah pasti banyak pihak yang berharap supaya pelaku jenayah ini dan isterinya yang turut bersubahat dikenakan hukuman yang setimpal.

“Jenayah cabul dan rogol di rumah kebajikan seperti ini bukanlah insiden kali yang pertama. Pada tahun lalu, media turut melaporkan kejadian sama yang berlaku seperti di Petaling Jaya dan Jitra,” ujar ahli parlimen Kota Raja itu.

Menurut Dr Mariah, jenayah yang berlaku di rumah kebajikan itu tidak sepatutnya berlaku kerana premis itu didirikan di atas kepercayaan orang ramai sebagai tempat perlindungan golongan yang tidak bernasib baik.

Malangnya, tambah beliau kepercayaan yang diberi telah dikhianati sehingga berlaku kes-kes jenayah terkutuk yang memangsakan penghuninya.

“Saya khuatir jika jenayah seperti ini gagal dicegah lebih awal, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada kewibawaan premis ini nanti.

“Persoalannya, bagaimanakah pihak berkuasa memantau rumah-rumah kebajikan ini setelah diberi kebenaran untuk beroperasi?
“Adakah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mampu membuat pemeriksaan rawak untuk mengesan salah laku yang mungkin terjadi kepada penghuni rumah ini yang terdiri daripada kanak-kanak yang melibatkan penderaan seksual, mental dan fizikal?” soal beliau.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya semua rumah kebajikan diwajibkan mempunyai jawatankuasa atau lembaga pemantau yang terdiri daripada individu, NGO tempatan, anggota jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), pendidik dan sebagainya yang difikirkan sesuai dan tidak terlibat dengan pengurusan harian rumah kebajikan.

“Pada hemat saya, penambahbaikan prosedur perlu ditingkat dan dikemaskini selepas pendedahan jenayah keji ini berlaku termasuklah mengadakan ujian pemeriksaan kesihatan mental pemilik dan kakitangan premis ini,” tegas beliau.

Penghuni rumah kebajikan juga, tambah Dr Mariah perlu diberikan kursus penerangan dan pencegahan secara berterusan untuk mengelak daripada menjadi mangsa jenayah seksual.

“Akibat kekurangan maklumat, ada kalanya mangsa-mangsa ini kehilangan punca untuk mengadu jenayah keji yang dilakukan terhadap diri mereka.

“Rumah kebajikan perlu terus dipelihara imejnya dan saya mengharapkan kejadian jenayah yang sama tidak berulang lagi,” ujar beliau.



Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak

Sekianlah artikel Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pantau-rumah-kebajikan-untuk-basmi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pantau rumah kebajikan untuk basmi jenayah seks kanak-kanak"

Posting Komentar