Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa

Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa
link : Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa

Baca juga


Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa

Usai sahaja Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, Ahad lalu, begitu banyak perkara diperkatakan oleh peemerhati politik mahupun dari kalangan penyokong pakatan pembangkang itu sendiri. Paling mencuri tumpuan adalah pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh seandainya mereka berkuasa kelak.

Menariknya, keputusan yang diambil oleh Pakatan Harapan ini menyaksikan mereka bakal memecahkan sekurang-kurangnya dua rekod dunia yang melayakkan mereka tersenarai di dalam buku rekod Guiness. Berikut merupakan rekod-rekod yang bakal mereka cipta sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak.

1. Melantik manusia tertua untuk menjadi Perdana Menteri

Dalam dunia moden hari ini, kebanyakan negara lebih berminat untuk mengetengahkan pemimpin muda untuk diangkat sebagai pemimpin sesebuah negara. Negara Kanada, Perancis dan Austria adalah antara negara yang telah melantik individu yang di bawah usia 40 tahun sebagai Perdana Menteri negara berkenaan.

Namun lain pula halnya dengan Pakatan Harapan. Seandainya mereka berkuasa, mereka akan melantik Mahathir yang berusia 93 tahun sebagai Perdana Menteri di mana dipercayai, Mahathirlah manusia paling tua di muka bumi ini menjadi Perdana Menteri.

2. Suami dan isteri diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Tidak ada sebuah negara pun di dunia ini memilih suami dan isteri menerajui sesebuah negara. Apa yang menariknya, menerusi keputusan yang diambil oleh kepimpinan Pakatan Harapan, Mahathir hanyalah Perdana Menteri interim sebelum Pakatan Harapan mengemukakan rayuan terhadap Yang DiPertuan Agong bagi membebaskan sepenuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari hukuman penggantungan.

Seandainya rancangan ini berjaya, Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan terus mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini akan menjadikan Malaysia sebagai milik keluarga Anwar sepenuhnya tanpa mampu diganggu gugat oleh sesiapa sahaja. Hebat bukan?

Selain daripada dua rekod dunia ini, terdapat dua lagi rekod Malaysia bakal dipecahkan oleh Pakattan Harapan kelak. Rekod-rekod berkenaan adalah,

1. Menjadi parti paling minoriti berjaya menerajui sebuah pakatan

Umum sedia maklum bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti yang baru berusia setahun lebih. Di kala ini, mereka hanya mempunyai satu kerusi Parlimen yang disandang oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Apa yang melayakkan mereka memecahkan rekod kebangsaan adalah, PPBM langsung tidak mempunyai walau satu pun cawangan dengan penubuhan Bahagian parti itu sendiri masih menimbulkan tandatanya. “Kehebatan” PPBM seolah-olah diiktiraf DAP sebagai kuasa paling dominan Pakatan Harapan sehingga mereka diamanahkan untuk bertanding di 52 buah kerusi Parlimen dan Pengerusinya dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

2. Parti dominan hanya sekadar jadi pemerhati?

Umum sedia maklum bahawa Pakatan Harapan diterajui oleh DAP yang dianggap paling dominan di dalam Pakatan Harapan. Apa yang melucukan, sebaik pengumuman kesemua 165 buah kerusi Parlimen di seluruh Semananjung, DAP hanya bertanding di 35 buah kerusi dengan dijangkakan, mereka bakal bertanding di kebanykan kerusi di Sarawak dan Sabah.

Melihat kepada dominannya DAP di dalam Pakatan Harapan hari ini, adakah logik DAP hanya sekadar menjadi pemerhati tanpa menuntut apa-apa jawatan di dalam kabinet yang bakal mereka bentuk sebaik sahaja Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Lihat sahaja “kehebatan” yang cuba ditonjolkan oleh Pakatan Harapan di Malaysia. Rasanya, inilah satu-satunya pakatan pembangkang yang cukup gemar melakukan sesuatu yang tidak masuk akal dan lebih melucukan, mereka juga berjaya memperbodohkan pengikut mereka dengan agenda yang jika difikirkan oleh orang yang waras adalah agenda paling dungu di dunia.

Amat sukar difahami, bagaimana terdapat sekelompok manusia yang sanggup merendahkan level IQ dan kebijaksanaan mereka dengan termakan dengan terlalu banyak tindakan dungu ini. Mungkin hati mereka sudah terlalu hitam sehingga gagal membezakan yang mana satu yang elok dan mana satu yang gila. Apapun tahniahlah Pakatan Harapan kerana bercita-cita memecahkan rekod dunia yang tiada siapa pun yang waras, mahu melakukannya.


Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa

Sekianlah artikel Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pakatan-harapan-bakal-catat-dua-rekod.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pakatan Harapan Bakal Catat Dua Rekod Dunia Seandainya Berkuasa"

Posting Komentar