Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry

Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry
link : Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry

Baca juga


Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry

Orang Melayu dulu-dulu kata 'lidah tak bertulang' untuk rujuk orang yang mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya.

Tapi jika kata-katanya boleh dipegang pakai, dunia politik bakal kehilangan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming,berikutan kenyataan terbarunya.

Ahli parlimen Taiping mahu pencen dari dunia politik jika Pakatan Harapan  gagal membentuk kerajaan pada PRU ke14.

Tapi soalnya bolehkah kata-kata Nga dipercayai sehingga turut dipersoal Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Nga dalam satu temuramah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina (the China Press) dipetik berkata, beliau bersedia mengundur diri daripada arena politik jika pembangkang gagal berkuasa selepas PRU ke14.

Katanya PRU kali ini merupakan waktu terbaik untuk pembangkang berkuasa. “Sekiranya gagal menumbangkan kerajaan BN, saya mungkin akan mengundur diri daripada kegiatan politik. PRU akan datang adalah peluang yang terakhir bagi rakyat menukar kerajaan.

Sebaik ditemui media Dr.Zambry, turut mempunyai keraguan berhubung dakwaan terbaru Nga.

Kenyataan Menteri Besar kepada media dibuat selepas beliau mengadakan lawatan di Sekolah Agama Rakyat n-najah, Manjong pada Selasa.

Walau berbaur skeptik, Dr Zambry mengalu-alukan jika benar Nga Kor Ming mahu mengundur diri daripada arena politik.

Beliau berharap Nga, yang juga ADUN Kepayang “Perlu mengotakan pendiriannya itu sekiranya pembangkang gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum kelak.

“Mereka luahkan berkali-kali setiap kali pilihan raya umum akan diadakan macam-macam kenyataan muncul termasuklah ini kalilah, kali terakhir, julung kalinya.

“Saya tak tahu berapa banyak lagi ini kalilah, cakap-cakap daripada mereka yang suka bermain dengan sentimen begini memancing undi rakyat dengan harapan rakyat mudah terpengaruh dengan apa yang disampaikan mereka,”jelasnya.

Dr.Zambry menambah kata:“saya nak lihat kalau Nga akan mengundurkan diri selepas ini atau tidak, saya nak lihat cakap dia itu dia kotakan atau tidak selepas ini dah habis pilihan raya nanti.”

Sementara itu Menteri Besar menjelaskan sekali lagi  Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dalam menjaga kebajikan rakyat dengan menyalur sebarang bentuk bantuan secara berterusan dan bukannya bermusim.

Katanya  ini berbeza dengan pihak-pihak  tertentu yang datang menjengok muka untuk  meraih sokongan rakyat.

Dr Zambry berkata,  sebarang bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan BN kepada rakyat bukannya bermusim dan tertumpu kerana musim pilihan raya umum (PRU) semata-mata.

``Bukan bila pilihanraya nak tunjuk muka, itu bukan cara Barisan Nasional (BN) selesaikan masalah rakyat.

``Itu bukan cara kita kerana kita akan terus datang untuk melihat agar masalah yang dihadapi rakyat selesai,” ujarnya semasa berucap di majlis penyampaian bantuan kepada 54 orang penduduk dua buah kampung terjejas banjir November lalu di Dewan Kuil Maha Mariaman, Kampung Pundut, Manjung.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Dalam perkembangan sama, Dr Zambry berharap rakyat jangan  mudah termakan dakyah pihak tertentu yang ingin mencari laba politik

Katanya rakyat jangan mudah termakan dakyah pihak tertentu yang ingin mencari laba politik dengan mengambarkan kononnya pembangunan tiga buah hospital di negeri ini tergendala kerana kerajaan tiada peruntukan.   

Sambil menafikan dakwaan pihak tertentu ini beliau menjelaskan sebenarnya projek pembangunan Hospital Seri Manjung,Parit Buntar dan Perak Tengah berjalan seperti yang dirancang.

``Mereka kata macam-macam, malah ada hospital tak jadi buat sebab kerajaan tak ada duit lah.

``Mereka kata peruntukan untuk Perak Tengah telah dibawa ke Parit Buntar tetapi baru-baru ini ketika turun ke Parit Buntar, saya dengar ada yang kata peruntukan Parit Buntar telah dibawa ke Perak Tengah pula, macam-macam cerita,'' katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan projek-projek yang telah dijanji, cuma mungkin ada yang terlewat kerana sebab-sebab teknikal.

Dr Zambry  memberi contoh, pembinaan Hospital Parit Buntar mengambil masa kerana ia dibina di kawasan sawah padi yang memerlukan tempoh untuk tanah tersebut mampat.

Selain itu, katanya, kelewatan projek pembangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh adalah disebabkan struktur batu kapur di bawah tanah di situ yang perlu dirawat, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

``Jadi, janganlah mainkan isu-isu sebegini kerana akhirnya ia tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.


Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry

Sekianlah artikel Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/nga-kor-ming-nak-bersara-boleh-percaya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nga Kor Ming nak bersara... boleh percaya ke ? - Zambry"

Posting Komentar