MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM

MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM
link : MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM

Baca juga


MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM

Kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa ahli politik bercita-cita menjadi pemimpin, termasuk Perdana Menteri di Mahkamah Tinggi, semalam jelas menunjukkan beliau sememangnya mempunyai hasrat untuk memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan itu.

Penganalisis politik di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Bersekutu Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata berdasarkan kenyataan di Mahkamah Tinggi itu, Mukhriz merujuk kepada semua ahli politik.

Katanya, kenyataan Mukhriz itu secara tidak langsung merujuk kepada dirinya sendiri.“Ia juga bermakna beliau juga bercita-cita menjadi PM,” katanya mengulas kenyataan Mukhriz di Mahkamah Tinggi, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika menjadi saksi hari pertama perbicaraan kes saman yang difailkannya terhadap Abdul Aziz selaku defendan berhubung dakwaan isu pakatan sulit Mukhriz dan Lim Kit Siang untuk jawatan Perdana Menteri.

Mukhriz, 53, selaku plaintif berkata, bukan satu kesalahan jenayah untuk mana-mana anggota politik yang ingin memberi perkhidmatan kepemimpinan yang telus kepada masyarakat mempunyai hasrat itu (untuk menjadi Perdana Menteri), selagi ia melalui cara yang betul dan sah demi kepentingan masyarakat.

Sementara itu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), berkata kenyataan Mukhriz itu jelas menunjukkan bekas Menteri Besar Kedah itu sememangnya bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Malangnya, beliau berkata, Mukhriz sangat lemah dan terpaksa ‘bertongkat’ kepada bapanya.
“Mukhriz hanya watak anak yang lemah sehingga digelar boboi… dia memang bercita cita tapi sangat lemah.. dan bergantung dengan bapanya semata mata,” katanya.


MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM

Sekianlah artikel MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/mukhriz-benar-benar-pendam-rasa-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MUKHRIZ BENAR-BENAR PENDAM RASA MAHU JADI PM"

Posting Komentar