MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS

MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS
link : MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS

Baca juga


MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pasti membentangkan ‘dalil’ tersendiri demi menghalalkan tindakannya keluar PAS yang mengkhianati sumpah bai’ah yang dilafaz sebelum ini, kata penganalisis politik Azmi Hassan.

Malah menurut Azmi, tidak mustahil Mahfuz akan menyalahkan bekas partinya sudah tersasar daripada landasan asal dalam memperjuangkan Islam, sekaligus menganggap ‘sumpah’ taat setia itu terbatal.

Beliau berkata demikian mengulas berkenaan pengumuman Mahfuz yang akhirnya memutuskan meninggalkan PAS.

Mahfuz sebelum ini kerap didakwa masih kekal bersama PAS kerana takut melanggar sumpah bai’ah berkenaan.

“Setiap ahli Parlimen atau ADUN PAS perlu menandatangani bai’ah, jadi ini dikatakan Mahfuz sudah pasti akan keluarkan pendapat yang baru untuk bai’ah itu. Sudah pasti beliau akan katakan bahawa PAS terpesong dari perjuangan asal parti itu sendiri. Bai’ah itu sebagai tidak sah lagi.

“Saya pasti Mahfuz ada sebab dia sendiri kenapa beliau terpaksa keluar daripada PAS. Jadi pada pemikiran beliau mungkin ada kelonggaran dari segi bai’ah itu bahawa kalau beliau tidak boleh, atau parti itu dah keluar dari perjuangan maka ia membolehkan bai’ah itu terbatal dengan sendirinya. Pasti Mahfuz ada dalil beliau sendiri, saya tidak pasti apa Mahfuz akan cakap selepas ini,” katanya ketika temubual ekslusif bersama Antarapos hari ini.

Terdahulu, Mahfuz membuat kejutan apabila akhirnya secara rasmi mengumumkan meninggalkan yang disertainya sejak 12 Mac 1984 itu yang berkuat kuasa serta-merta dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas sehingga pengumuman baru dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam surat pemberhentian keahliannya yang diemel kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Mahfuz memberi alasan kegagalannya menjadi ‘penghubung’ antara gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan PAS sebagai punca beliau mengambil keputusan itu.

Susulan itu, rata-rata pemimpin PAS tampil mengulas keputusan yang dibuat Mahfuz itu.

Ia termasuk Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang berkata tindakan beliau keluar parti langsung tidak memberi kesan terhadap parti itu sebaliknya beliau perlu bertanggungjawab dengan perbuatannya yang mengkhianati janji dengan Allah apabila pernah melafazkan bai’ah sebelum ini.

Malah ujarnya, segala pendapatan Mahfuz yang diperoleh daripada jawatan sebagai wakil rakyat dikhuatiri menjadi haram selain mungkin dilaknat Allah selepas melanggar bai’ah tersebut.

PAS memperkenalkan bai’ah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan parti atau melompat ke parti lain dengan sukarela.

Mahfuz sebelum ini, meskipun masih bergelar ahli yang sah sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan pimpinan PAS, termasuk mengkritik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ujar Azmi lagi, walaupun Mahfuz tidak menyatakan hala tuju politiknya selepas ini, beliau menjangkakan bekas naib presiden PAS itu akan menyertai Amanah.

“Jadi untuk PAS memang bagus Mahfuz keluar, jadi tidak perlu diberhentikan keahliannya ataupun dibuang. Jadi bagi saya, kalau tanya ke mana arah tuju Mahfuz sekarang ini, memang PH kerana sebelum ini pun masa ahli PAS beliau banyak pro PH. Dalam PH tidak banyak pilihan.

“Beliau tidak bergerak sebagai bebas, sukar. Beliau perlu mempunyai landasan dalam parti, besar kemungkinan beliau akan bersama dengan Amanah walaupun banyak seteru beliau yang lama. Kalau dibandingkan PKR, PPBM, Amanah, besar kemungkinan Amanah pilihan Mahfuz selepas ini,” tambahnya.


MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS

Sekianlah artikel MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/mahfuz-cipta-dalil-sendiri-untuk-elak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHFUZ CIPTA ‘DALIL’ SENDIRI UNTUK ELAK LANGGAR BAI’AH – PENGANALISIS"

Posting Komentar