Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga

Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga
link : Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga

Baca juga


Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga

DETIK DAILY

 
Oleh Fathi Aris Omar

Aku rasa individu atau kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga, sekurang-kurangnya ada tiga:

1. Mereka yang rancak berkempen di media sosial saat ini. Boleh jadi mereka aktivis atau individu biasa. Mereka ini tidak ramai tetapi aktif dan lantang. Mereka kemungkinan besar antikerajaan tetapi mengambil sikap tidak mahu bersama pembangkang.

2. Mereka yang tidak mempunyai minat mendalam pada politik dan pada parti tertentu. Tetapi mereka ambil tahu serba sedikit tentang politik. Atau, ikutinya daripada rakan-rakan. Mereka boleh pergi dan boleh tidak pergi. Kempen 1 tadi kemungkinan besar membawa kesan pada mereka pada saat ini. Kempen 1 menggosok "cas elektrostatik" golongan 2. 

3. Ahli parti dan penyokong tegar yang marah calon baru (tidak ikut kehendaknya atau partinya). Jadi mereka tidak berasa perlu menyokong calon atau parti itu. Menjelang penamaan calon dan sejurus selepas hari itu, tanda pagar #UndiRosak akan muncul semula.

Dalam kategori 3, selalu juga mereka lakukan senyap-senyap kerana bimbang natijahnya jika berkempen terbuka. Sama ada orang BN atau PH, pasti ada mereka jenis 3 tidak lama lagi. Pasti ada!
Ada pun yang lain-lain, majoriti warga 21 tahun ke atas, akan keluar mengundi. Mereka akan memangkah calon dan parti masing-masing. Mereka ini majoriti terbesar.

Sebahagian lagi majoriti adalah mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih. Ada pula yang sudah berdaftar tidak akan keluar mengundi. Pilihan ini lebih menarik: tidak perlu bersusah payah beratur!
Tanpa kempen #UndiRosak, pada pilihan raya 2013, terdapat 332,297 undi rosak. Peratusannya makin mengecil setiap kali pilihan raya umum. Sebarang kenaikan jumlah ini bolehlah dikatakan "kejayaan" kempen kumpulan 1 di atas.

Namun tidak memadai dilihat begitu. Lihat juga jumlah atau peratusan mereka yang tidak keluar memangkah. Mungkin mereka juga menyokong #UndiRosak tetapi malas beratur dan susah payah.
Kempen jenis kumpulan 1 ini hanya boleh dijayakan oleh aktivis atau penyokong tegar atau mereka yang betul-betul dalam dilema. Ia memerlukan "penyertaan aktif", memerlukan tenaga, emosi dan gerak kerja.

Pendek kata, ia sangat sukar dijayakan jika sasaran mereka tidak mempunyai emosi dan tenaga penolakan yang kuat. Macam tenaga penyokong pembangkang dan penentang kerajaan selama ini. Mereka buat apa sahaja sehabis daya walau terang benderang kekalahan.

Tenaga ini memang banyak dan luar biasa. Tenaga inilah yang menyerang habis-habisan kumpulan 1 saat ini.

Kumpulan 1, pada tanggapan saya, tidak mempunyai tenaga ini dalam jumlah yang besar. Tetapi cukuplah, buat masa ini, untuk meriuhkan alam maya dan untuk mengisi beberapa slot bahan berita. Sebagai gejala politik, ia tetap menarik untuk diperhatikan, dari dekat atau dari jauh.



Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga

Sekianlah artikel Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/kumpulan-yang-terlibat-dengan-undirosak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga"

Posting Komentar