Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad

Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad
link : Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad

Baca juga


Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad

SHAH ALAM: Amanah terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Titiwangsa kepada PPBM bagi membolehkan pengumuman agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dibuat pada konvensyen gagasan itu pada Ahad.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, jika Amanah berkeras mahu mempertahankan kerusi itu, pengumuman agihan kerusi tidak dapat dibuat sekali gus menjadikan konvensyen itu sebagai 'tidak bermakna'.

"Selepas mengambil kira kepentingan semua perkara dan kesediaan PKR menyerahkan kerusi Lumut kepada Amanah, kita setuju lepaskan Titiwangsa," kata Khalid.

Dedah Khalid, sehingga petang Sabtu (6 Januari 2018) PH masih gagal memuktamadkan agihan kerusi sesama empat parti komponennya berikutan semuanya berkeras untuk pertahankan kerusi masing-masing.

Ketika itu, kata Kahlid, semua persediaan konvensyen sudah siap dilakukan dan Amanah terpaksa bersetuju melepaskan kerusi Titiwangsa sejurus menendatangani segala dokumen yang berkaitan.

Kesediaan Amanah berkorban itu mendapat pujian khas dari Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memberikan ucapan dalam konvensyen itu.

"Yang menjayakan agihan parti ini (PH) adalah Amanah," kata Dr Mahathir dalam ucapannya di konvensyen itu.

Ramai pemerhati melihat pujian Dr Mahathir itu sekadar mahu 'menyejukkan' parti pimpinan Mohamd Sabu itu selepas Amanah Johor dan Perak dilaporkan memboikot konvensyen yang sedang berlangsung di IDCC Shah Alam.

Masing-masing kecewa dengan bilangan kerusi yang terlalu sedikit diberikan kepada mereka di peringkat negeri.

Menyusul, Amanah Titiwangsa turut menyatakan kekecewaannya selepas tidak mendapat walaupun satu kerusi di Kuala Lumpur, meskipun sudah melakukan gerak kerja sejak parti ditubuhkan, dua tahun lalu.

PPBM lebih beruntung daripada Amanah, berikutan walaupun paling baru ditubuhkan, parti tajaan Dr Mahathir itu mendapat kerusi paling banyak di semenanjung iaitu 52 kerusi.

Amanah mendapat paling sedikit iaitu 27 kerusi, DAP (37) dan PKR 52 kerusi.


Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad

Sekianlah artikel Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/konvensyen-ph-tiada-makna-jika-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Konvensyen PH tiada makna jika Amanah tidak korbankan Titiwangsa - Khalid Samad"

Posting Komentar