Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul

Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul
link : Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul

Baca juga


Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul

Kisah mengejutkan di sebalik kontroversi 'Amanat Haji Hadi' didedahkan oleh penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff iaitu ianya dicipta bukan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi seorang penjual kaset ceramah PAS sekitar 80-an, Omar Khalid.

Beliau mendakwa Omar sendiri mengaku kepadanya bahawa dialah yang bertanggungjawab 'mencipta' Amanat Hadi sehingga ia disebarkan ke seluruh negara ketika itu.

“Saya sendiri pernah bertemu beliau dan beliau mengaku kepada saya, beliaulah yang mewujudkan amanat ini. Beliau 'cut and paste' dan cetak seterusnya diedarkan ke seluruh negara. Beliau adalah penjual kaset, waktu itu tahun 1980-an. Sudah jadi trend, ceramah pemimpin PAS, direkod dan dijual (ketika itu).

“Jadi saya sempat berjumpa dengan beliau beberapa kali dan beliau mengakui malah berbangga bahawa hasil usaha beliaulah maka terhasilnya Amanat Hadi," katanya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos baru-baru ini.

Ujar Kamarul, Amanat Hadi adalah ringkasan daripada ucapan ceramah panjang Hadi pada 7 April 1981, di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu.

Ketika itu, Hadi bercakap soal iman dan kufur serta bagaimana seseorang itu boleh terkeluar daripada imannya, jika melanggar batas- batas tertentu.

Malah sepanjang ceramahnya, Hadi tidak sesekali melabel sesiapa atau mana-mana pihak sebagai kafir, sekali gus mencetuskan budaya kafir mengkafir sesama umat Islam seperti mana yang berlaku selepas itu.

Hadi kemudiannya tampil menjelaskan pendiriannya menerusi akhbar mingguan Malaysia pada 13 Ogos 2000 bahawa beliau tidak pernah mengkafirkan sesiapa, termasuk Umno Barisan Nasional (BN).

Bukan sahaja Hadi, malah pemimpin PAS serta alim ulama yang lain melihat tiada salahnya mengenai ceramah Hadi yang dipendekkan itu justeru tiada antara mereka yang menggesa agar amanat itu ditarik balik.

Hadi turut mendapat sokongan pemimin bertaraf ulama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pandangan itu disokong Kamarul yang mengekori rapat perkembangan politik PAS berikutan beliau ketika itu menjadikan parti politik itu sebagai subjek tesis Doktor Falsafahnya (PHD) di Universiti Malaya berjudul "PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama (1982-2004)".

“Tidak ada di dalam amanat ini ungkapan orang Umno itu kafir. Yang ada hanya ‘kita akan jadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku’.

"Ini kenyataan umum yang boleh dibaca dalam mana-mana kitab termasuk kitab Mustika Hadis yang dikeluarkan pejabat perdana menteri," ujarnya.

Kamarul bertegas, Hadi tidak perlu tunduk pada mana-mana pihak yang menggesanya menarik balik amanat itu.

“Memang (amanat itu) ucapan (ceramah panjang) Hadi. Cuma dipendekkan (yang) menampakkan (perkataan-perkataan) ‘kita mati’, ‘berlawan puak ini’ (dan lain-lain) seolah-olah (menampakkan) Umno ini kafir.

“(Tapi amanat itu) tak menyebut bahawa ‘Umno kafir’. Tak ada disebut begitu,” tegas Kamarul.

Justeru bagi Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) itu, adalah tidak adil jika Hadi terpaksa bertanggungjawab ke atas segala tindakan tidak rasional pihak yang terlampau memberi reaksi berhubung isu itu, sehingga mengkafirkan orang lain sesuka hati.


Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul

Sekianlah artikel Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/kisah-sebenar-di-sebalik-amanat-haji.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kisah sebenar di sebalik ' Amanat Haji Hadi' - Dr Kamarul"

Posting Komentar