Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi…

Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi… - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi…
link : Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi…

Baca juga


Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi…

Apakah perlu Malaysia ambil langkah menambat nilai Ringgit seperti yang dilakukan semasa krisis kewangan tahun 1997-1998 zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad dulu?

Kalau ikut cakap cakap kalanan pimpinan pembangkang ikut cara terbaik.

Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tegas berpendirian ia antara isu-isu lepas yang perlu diperbetulkan.

Menurutnya pimpinan pembangkang itu sebenarnya tidak faham ekonomi.

“Mereka cakap mengenai tambatan ringgit seolah ia langkah senang dan banyak membantu.Realitinya ia membawa bencana kepada ekonomi kita dan kemakmuran rakyat,”katanya.

Katanya Malaysia tidak akan sesekali mengulangi langkah menambat ringgit kerana ia akan menjejaskan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

"Kita telah menegaskan bahawa kita tidak akan mengulangi langkah itu, dengan meyakini bahawa meskipun akan ada turun naik dalam tempoh jangka pendek, namun bagi jangka masa panjang paras ringgit akan mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia," katanya.

Berucap semasa melancarkan Invest Malaysia 2018, di Kuala Lumpur Selasa Najib berkata langkah menambat ringgit berbanding dolar AS yang dilaksanakan Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia 1997/98 telah diambil terlalu lama.

"Para pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap kita dan kita mengambil masa yang lama untuk memenangi semula hati mereka. Ia amat merugikan negara," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, ini merupakan antara isu-isu lepas yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan dan fokus sekarang tertumpu ke arah masa depan Malaysia.

"Kita sedar ia bergantung kepada prasarana modal insan kita, persediaan kita bagi revolusi perindustrian keempat, penguasaan ekonomi digital, kefasihan dalam bahasa, termasuk Bahasa Inggeris dan pelaburan kita dalam prasarana seperti jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan sebagainya," katanya.

Perdana Menteri berkata kekukuhan transformasi ekonomi Malaysia terbukti dalam ekonomi baharu yang dibangunkan negara, dengan ringgit meningkat 10.4 peratus berbanding dolar AS tahun lepas.

Pada 5 Jan, 2018, ringgit ditutup di paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan, melepasi paras psikologi 4.0.

"Peningkatan ini disokong sebahagiannya daripada pemulihan harga minyak mentah dunia, tetapi ia juga menunjukkan sentimen positif dalam kalangan pelabur dan pengiktirafan terhadap asas ekonomi dan kewangan Malaysia yang amat baik," katanya.


Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi…

Sekianlah artikel Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/kerajaan-tidak-akan-ulangi-tambat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan tidak akan ulangi tambat Ringgit kerana ia jejas ekomomi…"

Posting Komentar