Kejarlah undi yang belum rosak

Kejarlah undi yang belum rosak - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejarlah undi yang belum rosak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejarlah undi yang belum rosak
link : Kejarlah undi yang belum rosak

Baca juga


Kejarlah undi yang belum rosak

DETIK DAILY

 
Oleh Timmy Say

“Di sini ada 10,000 orang manusia. Kamu gunalah apa cara sahaja untuk menyakinkan mereka untuk memberikan undi kepada kamu. Sebelum mereka boleh mengundi, mereka perlu mendaftar. Asalkan pada tarikh mengundi, undi yang kamu dapat tinggi daripada lawan kamu, kamu menang. Sebagai contoh, jika hanya 10% sahaja yang berdaftar, dan kamu mendapat undi tertinggi daripada 1,000 undi yang ada itu, kamu menang.”

Ini peraturan permainan pilihan raya secara umum. Objektifnya mudah, yakinkan (atau perbodohkan) rakyat agar menjadi pengundi yang mengundi diri sendiri.

Sesiapa yang lebih berjaya menyakinkan rakyat mengundinya dan tidak mengundi lawannya, sehingga undinya menjadi lebih tinggi daripada semua lawannya di mana-mana satu kerusi, akan menjadi pemenang.

Rakyat di satu kawasan amnya terbahagi kepada 3 golongan, golongan yang boleh mengundi, golongan yang tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi dan golongan yang tidak boleh mengundi.

Golongan yang mengundi pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, iaitu kumpulan yang mengundi di pilihan raya, golongan yang tidak mengundi dan golongan yang membuat undi rosak samada dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Golongan yang telah diyakinkan oleh para ahli politik pasti akan mengundi. Golongan yang gagal diyakinkan oleh para ahli politik pula akan cenderung ke arah undi rosak.

Golongan yang langsung tidak mempedulikan hal pilihan raya tidak akan mengundi walaupun mereka berdaftar.

Walaupun kemenangan mana-mana pihak di hari mengundi ditentukan melalui jumlah undi yang diterima, akan tetapi kesemua pihak yang disebut di atas memainkan peranan untuk menentukan siapa yang menang.

Dalam kata lain, keputusan pilihan raya bukannya ditentukan oleh mereka yang mengundi sahaja. Mereka yang tidak mengundi juga akan menyebabkan keputusan pilihan raya berubah.

Contohnya kalau para pimpinan pembangkang dapat menyakinkan pengundi kerajaan yang tidak mahu menyokong mereka untuk membuat undi rosak atau tidak keluar mengundi untuk mengurangkan undi Barisan Nasional (BN), itu akan memberikan kesan kepada keputusan pilihan raya. Begitu juga sebaliknya. Taktik ini halal di sisi pilihan raya.


Untuk memenangi satu-satu pilihan raya, taktiknya bukan satu. Selain menyakinkan pengundi untuk mengundi diri sendiri untuk mencapai objektif bagi mendapatkan jumlah undi tertinggi, mana-mana pihak yang bertanding juga boleh memperbodohkan pengundi yang pro-lawan agar tidak mengundi pihak lawan atau mengundi pihak ketiga untuk mengurangkan dan memecahkan undi pihak lawan.

Mereka yang berkuasa selalunya akan membuat “lebih” daripada strategi yang disebut di atas termasuklah memindahkan pengundi dan juga melukis juga kawasan pilihan raya agar sesuatu kawasan itu dipenuhi oleh pengundi mereka sendiri berbanding kawasan yang lain.

Tapi ini tidak bermaksud permainan menyakinkan atau memperbodohkan pengundi akan berhenti sehingga hari mengundi.

Kebelakangan ini, nampaknya parti politik terutamanya pembangkang tidak selesa dengan kemunculan gerakan #Undirosak sehingga golongan ini dicemuh dengan pelbagai cacian dan makian. BN juga tetiba muncul untuk menghentam golongan ini setelah dituduh mendalangi gerakan ini secara diam.

Persoalannya mengapa perlu memberikan fokus kepada undi yang telah rosak ini? Meskipun ia dikira di pilihan raya, tapi ia cumalah satu undi yang adil yang tidak memihak kepada sesiapa selain satu petanda suara protes sekiranya ia banyak. Ia boleh dikatakan setaraf protes jalanan Bersih sebelum ini yang setakat ini belum dapat membawa perubahan yang diharapkan.

Jika protes Bersih ialah satu hak demokrasi walaupun ia hanya disertai sebilangan kecil rakyat (dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia), maka gerakan #Undirosak juga adalah satu hak demokrasi yang perlu dihormati meskipun ada yang terasa ia sebagai gerakan yang membazir undi.

Persoalannya ia sedang membazir undi siapa? Sekiranya PH menang kerana undi rosak pada BN tinggi, bukankah undi rosak ini menjadi satu faktor kemenangan kepada mereka? Begitu jugalah sebaliknya.

Sepatutnya tumpuan harus diberikan kepada undi yang belum rosak terutamanya golongan yang sudah berdaftar tapi kemungkinan tidak akan mengundi kerana belum diyakinkan untuk mengundi siapa atau sedang menghadapi kekangan ekonomi untuk pulang ke kampung untuk mengundi.

Bukankah itu lebih bernilai dikejar dengan kesuntukan masa yang ada daripada cuba menyakinkan mereka yang sudahpun bertekad merosakkan undi?

Ingatlah, kalau kita rasa orang lain bodoh, orang lain juga rasa kita bodoh. Dalam kisah orang lain, kita orang bijak. Dalam kisah sendiri, kita selalu jadi ‘loser’. Bukankah begitu?



Kejarlah undi yang belum rosak

Sekianlah artikel Kejarlah undi yang belum rosak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kejarlah undi yang belum rosak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/kejarlah-undi-yang-belum-rosak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kejarlah undi yang belum rosak"

Posting Komentar