Judul : JAWATAN PM BUAT NEGARA BAKAL HURU HARA SEKALI LAGI-1998
link : JAWATAN PM BUAT NEGARA BAKAL HURU HARA SEKALI LAGI-1998
JAWATAN PM BUAT NEGARA BAKAL HURU HARA SEKALI LAGI-1998
Tekaan anak muda, bahawa Negara ini sebenarnya sedang tenat dengan rentetan drama
politik tua benar-benar berlaku. Sungguh tenat. Hari ini,membuktikan, bahawa perjuangan
pembangkang hanya sebuah perjuangan yang sia-sia dan sampah semata-mata. Refo-taik.
Adakah parti-parti politik masih tidak sedar? Melalui tinjauan pendapat Belia Nasional,
hampir 66% tidak merasakan bahawa ahli politik secara amnya boleh dipercayai dan
peratusan yang sama, percaya ahli politik sebenarnya “masalah utama di Malaysia”.
Mana tidaknya, walaupun kebanyakan generasi muda masih tidak berpuas hati dengan
prestasi kerajaan sedia ada. Namun persoalannya utama, adakah pengundi muda
mempercayai kepada pembangkang untuk mentadbir Negara?
Pakatan Harapan akhirnya memuktamadkan calon Perdana Menteri mereka jika dapat
mentadbir Negara. Ia bakal diketuai oleh gandingan Tun Mahathir dan Datuk Seri Wan
Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jika Pilihanraya diadakan di antara Mac-April 2018 serta Anwar Ibrahim akan dibebaskan
pada Jun 2018, keberangkalian Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sekitar 6 bulan
sahaja dan seterusnya bermulalah episod proses mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri yang baharu.
Persoalannya, dengan PPBM mendapat kerusi Pilihanraya terbanyak bagi Parlimen dan Tun
Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri, adakah mudah untuk beliau melepaskan jawatan
dalam tempoh yang singkat?
Sejujurnya, situasi ini benar-benar bakal menyaksikan Malaysia bakal sekali lagi terjerumus
dalam kancah perbalahan politik yang lebih besar.
Dan yang bakal menjadi mangsa kepada kebodohan ini sudah tentu generasi muda. Mudah
dibakar dan inilah yang bakal menjadi ‘korban’ bagi setiap catur dan sifir politik orang tua.
Walaupun Melayu sering dilabel sebagai bangsa mudah lupa, tetapi jangan sesekali kita lupa.
Pasal berebut menjadi Perdana Menteri Negara porak peranda!
Ledakan reformasi 1998 meninggalkan kesan yang tak sedikit buat ramai anak muda pada
ketika itu. Mereka seperti bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletup.
Mereka inilah antara yang telah dipasak dengan agenda reformasi Anwar Ibrahim yang
menentang Dr. Mahathir pada ketika itu.
Akhirnya pada 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hampir 100 ribu rakyat
tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk menyatakan solidariti terhadap Anwar
Ibrahim.
Lihat apa yang berlaku selepas 20 tahun rakyat berbalah sesama sendiri? Wajah-wajah ini
dengan selamba kata perbalahan itu hanya sekadar luka kecil dan mereka pun
berhuhuhuhu…&#&*%*!
Dan sekarang pejuang reformasi yang menentang Tun Mahathir. Yang mahu menjatuhkan,
mensabitkan segala kesalahan lampau dan kekayaan luar biasa anak beranak kroni, tiba-tiba
tewas.
Hari ni pelaung refo-taik ini sujud dan terpaksa mengangkat semula Tun Mahathir menjadi
Perdana Menteri.
Sedih. Macam sudah tiada calon lain yang boleh diangkat menjadi Perdana Menteri.
Ia menggambarkan Pakatan Harapan tidak bersungguh mahu menjadikan Malaysia ini lebih
baik dan menunjukkan rakyat mudah diperbodohkan sekali lagi.
Dan jika proses peralihan Perdana Menteri tidak berjaya seperti yang dipersetujui, adakah
negara bakal bergolak sekali lagi?
Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor

Sekianlah artikel JAWATAN PM BUAT NEGARA BAKAL HURU HARA SEKALI LAGI-1998 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca JAWATAN PM BUAT NEGARA BAKAL HURU HARA SEKALI LAGI-1998 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/jawatan-pm-buat-negara-bakal-huru-hara.html
0 Response to "JAWATAN PM BUAT NEGARA BAKAL HURU HARA SEKALI LAGI-1998"
Posting Komentar