Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR

Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR
link : Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR

Baca juga


Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR

Angkatan Muda PKR Selangor menggelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang angkuh kerana mahu merampas kerajaan negeri Selangor dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Tindakan Haji Hadi itu dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada kerajaan sedia ada walhal mereka sekarang ini sudah berada dalam kerajaan negeri dan bukan pembangkang, kata Setiausaha AMK Selangor, Syed Badli Syed Osman.

“Malangnya hari ini Presiden PAS menyebut tanpa selindung bahawa mereka ingin mengetuai pemerintahan kerajaan negeri Selangor selepas PRU14.

“Kenyataan ini seolah-olah menidakkan muafakat kerjasama antara PAS dan parti-parti komponen lain yang bergabung membentuk kerajaan di negeri Selangor sekian lama.

“Malah kenyataan ini juga ibarat mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan kepada PAS untuk sama-sama memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan media.

Syed Badli berkata, kenyataan Haji Hadi itu adalah cubaan untuk menghancurkan keharmonian kerajaan sedia ada yang sudah terbina sebelum ini.

“Ternyata kenyataan angkuh yang dizahirkan di hadapan ratusan penyokong PAS pada himpunan Fastaqim di Shah Alam, bertujuan untuk menghancurkan keharmonian kerajaan yang telah terbina,” katanya.

Semalam Haji Hadi menyeru rakyat Selangor untuk memilih parti yang bercirikan dan mengamalkan ajaran Islam, sekaligus dapat menjadi contoh kepada negeri lain.

“Negeri Selangor perlu menjadi contoh, kita harap rakyat Selangor mesti memilih kepimpinan Islam.

“Orang Islam yang memimpin dahulu. Biar orang Islam ke depan. Pilih calon-calon Islam yang boleh menegakkan ajaran Islam," katanya ketika berucap di Himpunan Fastaqim 2.4 dan pelancaran jentera pilihan raya PAS Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, semalam.

Menurut Syed Badli PAS seharusnya menyedari bahawa kerajaan negeri Selangor hari ini terbentuk kerana muafakat antara PKR, DAP dan PAS selepas mendapat mandat pada PRU12 yang lalu.

"Kerajaan ini kemudian diperkuat dengan kehadiran rakan sekutu dari PAN.

"Ternyata kenyataan angkuh yang dizahirkan di hadapan ratusan penyokong PAS pada himpunan Fastaqim di Shah Alam, bertujuan untuk menghancurkan keharmonian kerajaan yang telah terbina," katanya.

Justeru katanya, sudah sampai masanya PAS berundur secara terhormat daripada kerajaan negeri setelah hasrat itu dizahirkan Abdul Hadi.

"Saya yakin Pakatan Harapan bersedia untuk mempertahankan kerajaan negeri dan seterusnya melonjakkan kejayaan sehingga ke Putrajaya," katanya


Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR

Sekianlah artikel Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/haji-hadi-khianat-kerajaan-selangor-amk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Haji Hadi khianat kerajaan Selangor - AMK PKR"

Posting Komentar