Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah....

Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah.... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah....
link : Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah....

Baca juga


Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah....

Seorang pemimpin kanan PAS mengecam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana gemar menabur fitnah kepada pemimpin PAS dan UMNO.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, belum pun Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan DAP memerintah negara, mereka sudah gemar menabur fitnah – lebih-lebih lagi kepada pemimpin Islam dan Melayu dalam PAS dan UMNO.

“Lagi banyak Guan Eng serang Pas lagi baik. Biar masyarakat Malaysia tahu siapa Guan Eng dan DAP sebenarnya. Tidak perintah Malaysia sudah bersikap demikian.

“Baru perintah satu negeri sudah tunjuk belang sebenar. Tindakan ini bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan orang Melayu malahan juga orang bukan Melayu.

“Sikap angkuh seperti in tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia daripada pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris mengulas kenyataan setiausaha agung DAP itu semalam yang menyifatkan PAS sesat selepas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengumumkan keluar dari Pas semalam.

Guan Eng turut menyindir PAS kerana UMNO memuji parti itu sebagai parti pembangkang yang baik.

Idris selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mempersoalkan serangan Guan Eng itu yang dilihat tidak dapat menerima pendirian PAS yang enggan menuruti telunjuk parti cauvanis itu ketika bersama Pakatan Rakyat.

“Amat menarik kenyataan daripada Guan Eng mangatakan PAS parti sesat, mungkin DAP parti apa pula? Sesat di neraca Guan Eng apabila tidak boleh dicucuk hidung oleh DAP?

“Tidak mengapalah kalau hendak tuduh PAS sesat kerana menentang pesta arak, gay, LGBT, ateis, anti hadis,” tegasnya.

Katanya lagi, Guan Eng digesa merujuk kepada lidah rasmi parti Islam itu sebelum membuat kenyataan berbaur fitnah dan tidak berasas.

“Kalau benci sangat pun biarlah buat tuduhan yang berasas. Jangan rujuk akhbar lain yang memang tidak melaporkan mengenai PAS.

“Kalau inilah PH memerintah negara, sama sahaja atau lebih teruk daripada kerajaan BN. Rakyat, keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Belum perintah sudah tunjuk sikap yang tidak memaparkan sikap adil,” katanya lagi.


Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah....

Sekianlah artikel Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah.... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/guan-eng-dan-dap-suka-tabur-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guan Eng dan DAP suka tabur fitnah...."

Posting Komentar