FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP

FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP
link : FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP

Baca juga


FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP

Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali, hari ini, mencadangkan para mufti di negara ini dibekalkan dengan fakta dan maklumat tepat berkaitan DAP bagi membolehkan mereka mengeluarkan fatwa berkaitan perbuatan menyokong, membantu dan mengundi parti tersebut menurut tuntutan agama Islam.

Engku Ahmad Fadzil berkata, fatwa dari pihak berkuasa agama itu dianggap penting untuk dijadikan rujukan kepada umat Islam dan menggelakkan mereka terkeliru dengan pandangan dikeluarkan individu tertentu terutama golongan agamawan.

Katanya, umat Islam di negara ini perlu menghormati fatwa dikeluarkan mufti kerana boleh dikuatkuasakan secara perundangan melalui jabatan agama negeri masing-masing.

“Oleh kerana perbuatan mengundi, menyokong dan membantu DAP ini menimbulkan isu hukum dalam agama yang praktikal, maka saya menyeru agar ashaabus samaahah para mufti dibekalkan fakta-fakta dan data-data yang mencukupi agar mereka boleh mengeluarkan suatu fatwa yang menepati undang-undang Islam.

“Fatwa daripada ashaabus samaahah para mufti sangat penting kerana bukan semua orang hatta para ilmuan dan pakar agama berada pada posisi boleh mengeluarkan pendapat yang boleh diangkat sebagai fatwa.

“Fatwa yang mempunyai kuatkuasa undang-undang hanya boleh dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri masing-fatwa. Semua pihak harus menghormati institusi fatwa ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan kacau-bilau,” tulisnya melalui laman Facebook.

Selain mufti, Engku Ahmad Fadzil turut menggesa PDRM dan Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan dan penilaian terperinci terhadap dakwaan bahawa parti itu atau aktivis DAP terlibat dengan Radical Evangelist Christian State (RECS) yang dilihat mewujudkan ancaman bersifat subversif kepada negara.

“Saya menyeru agar pihak PDRM dan Jabatan Peguam Negara dapat membuat siasatan dan penilaian terpeinci lebih-lebih lagi berkaitan desas-desus yang mengaitkan antara parti tersebut atau aktivis-aktivis DAP dengan RECS (Radical Evangelist Christian State).

“Seterusnya berdasarkan hasil siasatan dan penilaian itu, mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan serta institusi raja-raja daripada ancaman-ancaman yang bersifat subversif yang boleh meruntuhkan kestabilan dan kedaulatan negara yang tercinta ini.”

Pandangan Engku Ahmad Fadzil itu sebagai mengulas kenyataan dikeluarkan penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zin, yang dilaporkan mengharamkan pengundi Islam mengundi DAP kerana parti tersebut menolak hukum Islam dengan membantah usaha Pas meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dalam wawancara dengan sebuah portal berita baru-baru ini.

“Jika jelas DAP itu bertentangan dengan Islam dan anti Islam, maka haram untuk umat Islam menyokong aspirasi perjuangan DAP, mengundi DAP bukan haram kering, tetapi haram basah.

“Haram mengundi, haram menyokong, haram membantu dan banyak-banyak benda haram itu kesimpulannya haram jadah,” kata Zamihan dalam wawancara tersebut.


FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP

Sekianlah artikel FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/felo-kanan-iksim-cadang-mufti-keluarkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FELO KANAN IKSIM CADANG MUFTI KELUARKAN FATWA BERKAITAN UNDI, SOKONG DAP"

Posting Komentar