Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang

Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang
link : Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang

Baca juga


Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang

Jangan Mimpilah Madey.....PH nak menang kali ini.Cakap kosong boleh lah.

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamd menyelar sikap segelintir pengguna media sosial yang melancarkan kempen #UndiRosak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata tindakan menjayakan kempen undi rosak di kalangan penyokong PH hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) selain mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Ujar Dr Mahathir lagi, jika agenda menjatuhkan Najib tidak dapat dilakukan, usahanya kembali aktif dalam politik akan sia-sia.

“Ini berfikiran sempit. Kalau kita tidak mahu ubah kerajaan, saya tidak perlu terlibat lagi dalam perkara ini, saya sendiri sudah 92 tahun.

“Kebanyakan orang datang daripada parti sebelah sana iaitu Umno, mereka kata kononnya tidak ada beza di antara PH dan BN, maka jangan ambil bahagian.

“Mereka tahu kalau ramai yang tidak mengundi, ia akan bantu BN capai kemenangan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Terdahulu pengguna media sosial melancarkan kempen #UndiRosak bagi membantah pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH.

Dr Mahathir diumum sebagai calon perdana menteri pembangkang pada Konvensyen PH kali ke-2 di IDCC Shah Alam, 7 Januari lalu.

Datuk Seri Dr Wan Azizah sekadar dinamakan timbalan perdana menteri dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan diangkat menjadi perdana menetri kelapan, selepas PH mengusakan pembebasannya kelak.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, mereka yang menyokong kempen boikot itu terdiri daripada pengundi muda yang jumlahnya tidak sampai 1%.

“Mereka dilahirkan dalam keadaan negara membangun dan tanpa usaha perdana menteri sebelum ini, kita tidak akan capai apa yang kita capai hari ini.

“Tetapi, perdana menteri pada hari ini harus pergi, walaupun saya pernah bersamanya dalam parti sebelum ini, tetapi saya tidak curi duit, tidak tubuhkan 1MDB,” ujarnya.

Dr Mahathir berkata langkah untuk tidak menggalakkan pengundi keluar mengundi turut disokong oleh BN.

Beliau berkata mereka yang memboikot PRU14 “akan menjadi penyokong BN secara tidak langsung”.


Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang

Sekianlah artikel Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/dr-mahathir-dakwa-kempen-undirosak-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang"

Posting Komentar