Judul : CABARAN GETIR BUAT DR MAHATHIR
link : CABARAN GETIR BUAT DR MAHATHIR
CABARAN GETIR BUAT DR MAHATHIR
Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal menerima cabaran getir untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh jika pakatan pembangkang itu menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, untuk merealisasikan impian itu, Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu bukan sahaja mesti memenangi PRU-14 tetapi parti Dr. Mahathir iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu memenangi kerusi terbanyak.
“Mereka (Pakatan Harapan) mungkin bersetuju supaya beliau (Dr. Mahathir) menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya, tetapi mereka mempunyai empat parti dalam pakatan pembangkang.
“Jika parti Dr. Mahathir memperoleh kerusi terbanyak, mereka (PPBM) berpeluang menamakan pemimpin sendiri (Dr. Mahathir), tetapi bagaimana jika mereka hanya menang dua kerusi atau empat kerusi? Tidak mungkin mereka akan mendapat sokongan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Forum Awam G25 2018 Program Pembaharuan Untuk Malaysia Yang Progresif di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh memberitahu, Parlimen dan Dewan Rakyat juga mengambil kira kemenangan kerusi oleh parti sebelum menetapkan siapa yang diyakini untuk menerajui kerajaan.
“Saya tak tahu kerana saya bukan ahli parti itu (Pakatan Harapan) tetapi perkiraan ini yang harus kita lihat sebelum membuat pilihan dalam Parlimen atau Dewan Rakyat, sebelum menetapkan siapa yang diyakini untuk menerajui kerajaan,” ujarnya.
Tambah Tengku Razaleigh, kuasa Yang di-Pertuan Agong juga penting kerana Tuanku yang akan memilih wakil rakyat untuk jawatan Perdana Menteri.
Jelasnya, walaupun Yang di-Pertuan Agong akan dinasihati siapa yang mendapat sokongan majoriti, tetapi Tuanku juga akan menggunakan pertimbangan sendiri sebelum membuat keputusan.

Sekianlah artikel CABARAN GETIR BUAT DR MAHATHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca CABARAN GETIR BUAT DR MAHATHIR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/cabaran-getir-buat-dr-mahathir.html
0 Response to "CABARAN GETIR BUAT DR MAHATHIR"
Posting Komentar