Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor

Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor
link : Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor

Baca juga


Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah Selangor hari ini menegur PKR negeri itu bahawa "Bukan PKR yang menentukan segalanya" berhubung agihan kerusi Parlimen atau DUN di negeri itu, yang seakan menemui jalan buntu.
 
Malah Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim juga bertegas PKR perlu akur, sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi memuktamad agihan kerusi di negeri itu.
 
"Selangor ini kita kena faham. Dia ada empat parti dalam PH ini. Bukan Selangor ini milik PKR, bukan dia yang tentu semua. 
 
"Dia (PKR) kena sepakat. Jadi kita tidak boleh anggap bahawa PKR punya dia tentukan semua," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Izham memberitahu Amanah sudahpun mengutus surat rasmi kepada Pengerusi PH Selangor yang secara kebetulan adalah menteri besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar mempertimbangkan jawatankuasa itu untuk ditubuhkan dengan kadar segera.
 
Namun 10 hari berlalu dan Azmin tidak memberikan sebarang maklum balas mengenainya.
 
Sebelum ini Amanah, PPBM dan DAP membantah untuk isu agihan kerusi dibincangkan menerusi jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor sepertimana yang disaran pimpinan PKR seperti Zuraida Kamaruddin dan Dr Xavier Jayakumar.
 
"DAP, PPBM juga tidak bersetuju kerana mesyuarat jawatankuasa pilihan raya ini lebih perbincangan kepada persiapan pilihan raya. Mengenai jentera dan petugas pilihan raya. 
 
"Keempat-empat parti itu belum dibuat (mesyuarat) jadi apabila PKR nak bincang dalam mesyuarat Pilihan Raya PH Selangor, jadi Amanah tidak bersetuju," tegas Izham.
 
Beliau kemudiannya berkata, jika isu agih kerusi di Selangor terus dirumitkan, Amanah sendiri akan meminta pertolongan PH di peringkat nasional untuk masuk campur.
 
"Majlis presiden dah bagi tarikh untuk negeri kena selesai (agih kerusi) sebelum 31 Januari. Jadi kita dah tinggal dua tiga hari lagi. Maknanya kalau tidak ada apa-apa lagi sebelum 31 Januari ini, Amanah akan buat surat rasmi kepada Amanah Nasional. 
 
"Kami minta Amanah Nasional bawa kepada pimpinan tertinggi bahawa kita minta pimpinan tertinggi atau pusat PH untuk mesyuarat. Kalau negeri tidak boleh handle, kita minta pusat.
 
"Macam Johor minggu lepas, bila pimpinan pusat turun selesailah (pembahagian) kerusi. Sekejap saja sebenarnya," katanya.
 
Izham yakin isu agih kerusi di negeri Selangor boleh diselesaikan jika PKR mengutamakan prioriti dalam strategi politiknya dan tidak menggantung harapan pada parti yang tidak sudi. 
 
"Masalah di Selangor ini, saya kdang-kadang pun tidak faham. (Bila) kita cakap mereka marah pula. Tapi (kita) tak faham dengan strategi pilihan raya ini. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?
 
"Selangor ini cukup beruntung (sebab) tetap akan menang. Hanya perlu perketatkan sini sana sahaja. Duduk sebagai keluarga.
 
"PAS pun tidak berminat dah dengan PH ini. Tidak usah buang masa. Kita dah cakap banyak kali dah degil juga. Jadi kita tetap berpegang pada arahan dari atas bahawa tidak ada lagi kerjasama dengan PAS," tambahnya.
 
 


Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor

Sekianlah artikel Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/bukan-pkr-yang-menentukan-segalanya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bukan PKR yang menentukan segalanya - Amanah Selangor"

Posting Komentar