"Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin

"Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin
link : "Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin

Baca juga


"Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) terpaksa menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri disebabkan 'bintang harapan cedera', akui Datuk Saifuddin Abdullah.
 
Ketua Sekretariat PH itu berkata, gagasan empat parti politik itu sudah 'berlatih' bertahun-tahun untuk masuk ke gelanggang pilihan raya, namun tiba masanya calon utama mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'tidak dapat diturunkan akibat kecederaan'.
 
Anwar kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh selepas disabit kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
 
"Kita ibarat pasukan bola sepak yang berlatih bertahun-tahun namun apabila hendak masuk permainan, bintang harapan kita cedera atau kita terpaksa bermain dalam keadaan padang tidak elok atau cuaca hujan lebat," ujar Saifuddin di hadapan kira-kira 300 orang yang hadir ceramah umum pembangkang di Kuantan malam tadi.
 
Ceramah itu yang turut dihadiri beberapa pemimpin pembangkang antaranya Teresa Kok dan Fuziah Salleh jelas gagal menarik minat penduduk Kuantan untuk memenuhi kerusi yang disediakan di depan pentas dengan rata-rata yang datang pula memilih untuk ‘mendengar dari jauh’.
 
PH pada 7 Januari lepas mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang jika gagasan itu menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Pengumuman itu bukan sahaja dibantah kebanyakan penyokong PH malah ada parti serta pemimpin tertentu menolak pencalonan itu dan mempersoalkan adakah tiada calon lain yang lebih layak berbanding tokoh politik berusia 93 tahun itu.
 
Saifuddin dalam pada itu berkata beliau sendiri mahukan Anwar menjadi calon perdana menteri pembangkang, namun sedar ia adalah sesuatu yang sukar.  
 
"Ramai yang mahu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) termasuk saya. Kalau boleh lakukan silap mata Anwar bebas esok dan terus mendapat pengampunan diraja lalu boleh bertanding pilihan raya, sudah tentu kita akan mencalonkan dia," katanya.
 
Anwar yang juga Ketua Umum pakatan itu dijangka dibebaskan daripada penjara pada 8 Jun depan namun peruntukan undang-undang menghalang beliau daripada bertanding pada pilihan raya selama lima tahun selepas dibebaskan.
 
 


"Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin

Sekianlah artikel "Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/bertahun-berlatih-tiba-masa-bintang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Bertahun berlatih, tiba masa bintang harapan kita cedera" - Saifuddin"

Posting Komentar