AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14

AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14
link : AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14

Baca juga


AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14

Generasi wanita muda parti-parti komponen Barisan Nasional akan menjalin kesepakatan dan kerjasama erat dalam gerak kerja politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 menerusi AZALEA 2018.

Platform Rangkaian Sahabat Puteri BN itu juga akan adakan ikatan dengan badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswi dan wanita muda dalam memberikan sokongan untuk BN.

AZALEA 2018 dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis meriah dan memaparkan kesepaduan komponen puteri-puteri BN di di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur Sabtu.

Dalam ucapan beliau Najib antara lain berharap jentera kempen BN tidak merasa ia suatu tekanan dalam melaksana kerja-kerja politik sebaliknya mahu ia menimbulkan suasana keseronokan dalam usaha mereka memenangkan BN pada PRU14.

 “Kalau kita saling bantu-membantu, ia akan timbul keseronokan. Its a joy for BN.

“Hari ini kita ada satu janji, satu ikrar supaya dalam hati sanubari setiap yang berhimpun, yang mewakili millenials untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk pastikan BN menang besar dalam PRU-14,” katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata rakyat perlu mempunyai kesedaran politik bahawa BN adalah parti terbaik untuk memimpin negara pada masa kini dan akan datang.

Najib yang juga pengerusi BN berkata sejak sekian lama mentadbir negara BN adalah sebuah parti yang sentiasa berjuang membina masa hadapan bagi memenuhi harapan rakyat selain mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.

"Kita (BN) telah membina sebuah negara yang aman dan stabil dan tiada ancaman terhadap rakyat. Kita telah membawa banyak kemajuan dan agenda transformasi negara," katanya.

Najib menegaskan rakyat tidak boleh menaruh harapan kepada pakatan pembangkang yang mana mereka adalah 'untested coalition',' tidak senang hati' dan curiga antara satu sama lain.

Perdana menteri berkata kepimpinan BN yang ada pada masa kini akan terus bersedia membawa negara ke arah masa depan yang lebih gemilang menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan menjadikan negara berada pada kedudukan antara 20 negara terbaik dunia.

"Saya nak tanya kalau ini aspirasi kita, sama ada orang yang berumur 93 tahun boleh membawa kita ke arah masa depan yang kita nak tuju? Inilah persoalannya. Kita boleh jawab sendiri," katanya yang jelas merujuk kepada calon perdana menteri pakatan pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Najib berharap gabungan sahabat Puteri daripada parti komponen BN yang dinamakan AZALEA itu akan menjadi angkatan baharu yang disegani dan hebat dalam jentera BN.

Saya mahu dalam hati sanubari kita yang berhimpun hari ini khususnya anda yang mewakili generasi milenium untuk beriltizam dan bekerja bersungguh-sungguh menjamin kemenangan besar untuk BN (dalam pilihan raya umum ke-14), kata beliau.

Najib turut merakamkan penghargaan terhadap penubuhan AZALEA, sebagai simbolik kebersatuan keseluruhan anggotanya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kumpulan etnik untuk berjuang demi BN.

Dalam pada itu, Najib turut menggariskan tiga pesanan kepada anggota Puteri parti komponen BN, yang pertama berjuang dalam satu barisan yang padu, kukuh dan mengamalkan budaya kerja sepasukan.

Yang kedua, kita mesti berjuang dengan hati dan niat ikhlas kepada parti dan negara. Sebab inilah kita nak idealisme dalam perjuangan generasi muda. Tidak tercemar dengan kepentingan material dan kepentingan diri. Bergeraklah dengan niat yang suci dan ikhlas, katanya.

Perdana menteri turut mengingatkan mereka supaya yakin untuk sama-sama berjuang membina masa hadapan bagi memenuhi harapan rakyat.


AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14

Sekianlah artikel AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/azalea-2018rangkaian-puteri-bn-gempur.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AZALEA 2018…rangkaian Puteri BN gempur PRU14"

Posting Komentar