ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI

ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI
link : ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI

Baca juga


ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI

JIKA kita pergi ke Langkawi, tidak dapat dinafikan bahawa daerah itu telah dimajukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang dia berkuasa selama 22 tahun.

Walaupun kawasan parlimen itu bukanlah diwakili olehnya, namun disebabkan geografi pulau berkenaan mampu memberi pulangan ’emas’ yang hebat kepada mereka yang cerdik, maka Dr Mahathir datang ke sana memberi ‘offer‘ seolah-olah mahu berjasa kepada rakyat setempat.

Sebenarnya niat dan hati Dr Mahathir tidak semurni itu. Tindakannya mahu memajukan Langkawi adalah kerana faktor bisnes dan kekayaan.

Menurut anak jati Langkawi yang ditemui, rata-rata mereka tahu tentang bagaimana kelicikan Dr Mahathir menjual tanah-tanah bernilai tinggi dan estetika di daerah itu kepada para kroninya sendiri.

“Tanah-tanah yang telah diusahakan hampir puluhan tahun oleh penduduk-penduduk asal di Langkawi ini, yang boleh dibangunkan kerana kedudukan lokasi yang berpotensi di sepanjang pantai di kawasan Pulau Langkawi ini, telah diberi mandat atau kelulusan kepada pengusaha-pengusaha, dimana mereka adalah dari kalangan kroni-kroni Tun sendiri,” kata Hazani Hussin yang merupakan anak jati Langkawi.

Sebagai contoh, banyak tanah-tanah yang berpotensi telah ‘dihadiahkan’ kepada Tan Sri Tin Pek King, Tan Sri Vincent Tan dan adiknya, Tony Tan yang menguasai beberapa syarikat perniagaan gergasi di negara ini.

Atas alasan mahu membangunkan Langkawi, maka Dr Mahathir dipercayai telah mengambil tanah-tanah tersebut dan diserahkan kepada para kroninya ini. Dijangkakan jumlah keluasan tanah tersebut mencecah puluhan ribu ekar.

Lebih menyedihkan, tanah-tanah sekitar Kuala Melaka, Kuala Teriang dan Pantai Chenang masih belum dibangunkan atau diterokai. Namun ia telah lama diserahkan kepada para kroni Dr Mahathir sendiri.

Hazani turut menjelaskan, hampir belasan tahun para penduduk tempatan masih belum menerima “premium” daripada hasil jualan tanah-tanah berkenaan sehingga ke hari ini.

“Disebabkan pihak Tun sendiri menggunakan kuasa yang dia ada selaku Perdana Menteri Malaysia, di atas erti kata membangunkan Langkawi, akan tetapi tanah-tanah yang telah diusahakan, rizab Melayu tadi hilang begitu sahaja. Bermakna berlaku kekurangan tanah rizab Melayu di negeri Kedah,” tambahnya lagi.


Maka tidak mustahillah dengan hasrat Dr Mahathir mahu kembali bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dalam PRU14 akan datang, ini akan memberi peluang keemasan kali kedua buat dirinya untuk terus menaburkan kekayaan yang lebih berlipat kali ganda buat para kroninya sendiri.

Walaupun mungkin dia akan memberi khidmat kepada rakyat tempatan dengan keuzuran fizikalnya (jika menang), namun dalam masa yang sama dia juga tidak akan melepaskan peluang untuk memberi lebih banyak khidmat yang berlipat kali ganda kepada para kroni sendiri yang telah dia ‘jaga’ selama berpuluh tahun dahulu. –Tv14


ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI

Sekianlah artikel ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/anak-jati-langkawi-akui-mahathir-telah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ANAK JATI LANGKAWI AKUI MAHATHIR TELAH GADAI PULUHAN RIBU RIZAB MELAYU UNTUK KRONI"

Posting Komentar