Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar

Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar
link : Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar

Baca juga


Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar

SHAH ALAM: 'Akhirnya DAP juga yang dominan', kata Naib Presiden PAS,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika mengulas keputusan agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) di semenanjung, yang diumumkan semalam.

Amar berkata jumlah kerusi yang diberikan kepada parti setahun jagung, PPBM sebanyak 52 kerusi Parlimen adalah terlalu banyak dan ia di luar kemampuannya untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Tambahnya lagi, PKR dan Amanah perlu bergelut untuk menang semaksimum yang boleh, tidak seperti DAP yang diramal mampu menang hampir kesemua 35 kerusi Parlimen yang diberikan kepadanya.

PKR dan Amanah masing-masing mendapat 51 dan 27 kerusi Parlimen.

"Dan akhirnya akhirnya DAP juga yang dominan. Sebab DAP ada pengundi tegar dan kawasan tradisi.

"PPBM sendiri tak ada kerusi kecuali di Pagoh itu pun menang atas tiket BN. Amanah pun menang kerana PAS, mereka ini adalah kemungkinan besar untuk kalah," katanya dipetik sebuah portal.

Ditanya pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata pakatan pembangkang sudah tiada calon berwibawa untuk memimpin negara bagi menggantikan BN.

Katanya, Dr Mahathir seorang ahli politik hebat apabila pakatan pembangkang terutama PKR dan DAP sebelum ini berlawan menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, namun tiba-tiba dalam masa dua tahun, Pengerusi PPBM itu diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

"Mereka berjuang sejak 1999 untuk menjatuhkan Dr Mahathir mengenai isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi dalam masa dua tahun mereka boleh pula terima beliau walaupun sekadar cadangan Perdana Menteri sementara...tetapi itu hanya atas kertas," katanya.

Bekas pengasas PPBM, Anina Saaduddin hari ini berkata pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang mencetuskan satu lagi episod krisis dalaman dalam PH.


Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar

Sekianlah artikel Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/akhirnya-dap-paling-dominan-dalam-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar"

Posting Komentar