Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal

Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal
link : Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal

Baca juga


Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang disindir oleh Menteri Besar Selangor kerana ‘bertuala’  nampaknya tidak berdiam diri.

Malah Jamal berkata, semua tindakannya sebelum ini termasuk hadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan hanya bertuala sebenarnya simbolik kegagalan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjaga kebajikan rakyat.

“Saya tidak kisah apa Azmin nak cakap, saya bertuala ke apa ke. Saya bertuala kerana kelemahan Azmin, sepatutnya dia sebagai Menteri Besar menyediakan kemudahan seperti air dan sebagainya seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sindiran sinis Mohamed Azmin terhadap hasrat Jamal untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa pada PRU-14.

Timbalan Presiden PKR itu menulis statusnya menyindir Jamal seperti; “Maka datanglah seorang pemuda yang pakai tuala nak lawan saya di Bukit Antarabangsa. Silakan.

“Kalau tuan, puan dari Bukit Antarabangsa inginkan menteri besar yang pakai tuala, pilihlah dia.

“Kalau tuan, puan nak menteri besar yang pakai tuala dan berus gigi di telinga, pilihlah dia.

“Tetapi kalau tuan-tuan nak seorang wakil rakyat yang bekerja kuat dan mempertahankan maruah dan mengangkat darjat rakyat negeri Selangor, maka pertahankan kerajaan negeri Selangor yang ada pada hari ini.”

Selain itu, Jamal sebaliknya yakin pengundi Selangor akan memilihnya berbanding Mohamed Azmin yang padanya bukan sahaja gagal mentadbir malah menunjukkan contoh yang tidak baik termasuk skandal seks.

“Jadi saya yakin orang ramai akan memilih saya yang ‘bertuala’ kerana mesej yang saya nak sampaikan demi kebaikan rakyat, bukannya memilih MB seperti Azmin yang tidak bermoral.

“Saya nak tanya Azmin, apa yang dia buat di dalam tandas? Itu sudah tentu terbukti tidak bermoral,” tambah Jamal lagi.

Presiden Gabungan NGO 1 Melayu itu turut menekankan keberkesanan peranan pihaknya dalam menentang Bersih sebelum ini walaupun menerima pelbagai kecaman.

Jamal sejak dahulu dikenali kerana kerap melakukan gimik mengkritik pentadbiran Mohamed Azmin.

Antara gimik yang pernah dilakukannya adalah membawa keranda, katil, memakai tuala dan memberi aiskrim percuma di hadapan Bangunan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. – MalaysiaGazette.


Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal

Sekianlah artikel Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/ya-saya-bertuala-tapi-apa-azmin-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ya, Saya ‘Bertuala’ Tapi Apa Azmin Buat Dalam Tandas, Soal Jamal"

Posting Komentar