Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri....

Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri.... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri....
link : Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri....

Baca juga


Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri....

SHAH ALAM: Adik kepada Datuk Seri Azmin Ali menyindir abangnya yang 'cakap tidak serupa bikin' bersabit amalan membanteras rasuah, yang mana kini Menteri Besar Selangor itu turut dikaitkan ekoran penahanan anak saudaranya berhubung kes perlombongan pasir di negeri itu.

Ummi Hafilda berkata, beliau tidak akan bersubahat ke atas perkara yang mungkar sekalipun melibatkan anak saudara dan abangkandungnya sendiri.

"Sebagaimana Nabi Nuh sanggup membiarkan anaknya mati karam di depan matanya sendiri kerana kemungkaran, jadi siapalah saya hendak menghalalkan cara.

"Sebab itu saya menentang PKR dari dulu lagi hingga kini. Sebab saya tahu siapa ketua lanun mereka.

"Cakap berdegar-degar nak hapuskan rasuah tapi diri sendiri.....keluarga dan kroni penuh tahi," tulisnya menerusi satu psoting di laman Facebook beliau.

Ummi dalam masa yang sama turut meminta Azmin agar mengingati pesanan arwah bapa mereka.

"Arwah abah dah pesan apa Min (Azmin). Ingat tak..bila kita ditimpa bala dan musibah walaupun sebesar zarah terhiris jari dengan pisau atau berdarah terhantuk kaki. Cuba tanya pada diri, apakah dosa yang aku dah buat???

"Jangan menuding jari salahkan orang lain. Itulah kifarah penghapus dosa," katanya lagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 November lalu menahan anak saudara Azmin, Nuzul Fadli dan tiga lagi individu atas dakwaan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu secara haram di Selangor.

Keempat-empat mereka terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Disember untuk membantu siasatan.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B) kerana memberi suapan berkait projek lombong pasir pada 2014.

SPRM juga telah membekukan beberapa akaun syarikat yang bernilai RM4 juta selepas menahan kesemua invidivu terbabit.

Azmin dalam reaksinya menafikan kononnya terlibat dalam penganugerahan tender kepada anak saudaranya itu.

Sebaliknya jelas Timbalan Presiden PKR itu, semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).


Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri....

Sekianlah artikel Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri.... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/ummi-hafilda-canang-mahu-hapus-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ummi Hafilda: Canang mahu hapus rasuah tapi diri sendiri...."

Posting Komentar