Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam

Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam
link : Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam

Baca juga


Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam

Di saat umat Islam seluruh dunia menyatakan kemarahan terhadap Amerika Syarikat ekoran Presidennya, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, lain pula kisahnya dengan portal media lidah rasmi pembangkang, Malaysiakini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi turut mengecam tindakan Malaysiakini yang secara biadap telah berani menyiarkan satu artikel “Pro Israel” dalam portal mereka, pada Khamis.

"Di saat rakyat Malaysia dan antarabangsa mengecam tindakan Amerika untuk memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitul Muqqadis, tiba tiba Malaysiakini bersikap pro Israel.

"Di saat semua anggota Majlis Keselamatan PBB (kecuali Amerika) mengundi mengecam tindakan Amerika, tiba tiba Malaysiakini mahu menyalahgunakan kebebasan media untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia yang akan berhimpun hari ini bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak di Masjid Putra, Putrajaya untuk membantah tindakan Trump itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Mohd. Puad, artikel itu bukan sahaja mengecam tindakan Najib, Malaysia dan Turki yang dianggap bodoh tetapi membuat provokasi melampau dengan mengatakan Jerusalem telah menjadi Ibu Negara Jewish sejak 3000 tahun lalu. Bahkan masyarakat Jewish adalah majoriti sehingga ke tahun 1800 pemerintahan Kerajaan Uthmaniah.

"Bukan itu sahaja, si penulis menggunakan hujah, bahawa dalam Al Quran hanya menyatakan Jerusalem kota suci ketiga kepada umat Islam berbanding “Judaism” menyatakan Jerusalem adalah kota paling suci untuk orang Yahudi.

"Hakikatnya orang Palestin adalah majoriti di Jerusalem sehinggalah ke tahun 1900an sehinggalah penjajah British menggalakkan perpindahan penduduk Yahudi ke kawasan berkenaan," katanya.

Ujarnya lagi, Malaysiakini nyata melampau dan melontarkan soalan apakah rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini adalah bodoh?

Semalam, Timbalan Perdana Menteri mengesahkan terdapat beberapa wakil pemimpin pakatan pembangkang akan menyertai Solidariti bantah Baitulmaqdis menjadi ibu negara Israel bermula 2 petang, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri itu berkata perhimpunan hari ini akan menyaksikan Perdana Menteri akan sepentas bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi selepas himpunan selamatkan Rohingya.


Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam

Sekianlah artikel Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/tindakan-malaysiakini-tidak-siar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tindakan Malaysiakini tidak siar artikel pro Israel dikecam"

Posting Komentar