Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican

Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican
link : Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican

Baca juga


Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican

KEPALA BATAS 16 Dis. - Sikap berpura-pura yang ditunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berusaha  membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak pernah dilakukan mana-mana ahli politik negara ini.

Malah, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sikap Pengerusi Pakatan Harapan itu boleh dikategorikan sebagai sikap berpura-pura yang paling tinggi pernah dipertontonkan berbanding sebelum ini.

“Sekitar 1997 dan 1998, Dr. Mahathir memaksa seluruh rakyat menanamkan perasaan Anwar seorang yang despicable (hina), tetapi hari ini atas sebab mahu jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau katakan kononnya Anwar tahanan politik tidak bersalah.

“Saya secara ikhlas yakin Anwar sendiri tidak percaya pada Dr. Mahathir, isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga sama, mereka sekeluarga terseksa, terpisah dan sengsara dengan perbuatan Dr. Mahathir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir baru-baru ini membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat (AS)A, Kimberly Motley kerana menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

Terdahulu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas ditemui selepas menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM125,000 kepada tujuh buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sekitar kawasan itu. - UTUSAN ONLINE



Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican

Sekianlah artikel Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/tahap-berpura-pura-dr-mahathir-paling.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tahap berpura-pura Dr. Mahathir paling tinggi - Reezal Merican"

Posting Komentar