Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong

Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong
link : Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong

Baca juga


Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong

Riuh rendah siapa hendak jadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa menimbulkan rasa tidak selesa parti pembangkang terkuat PAS.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, jika benar PH mahu meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara ia menunjukkan pembangkang mengamalkan demokrasi tidak baik.

Jelasnya tindakan tersebut tidak mencerminkan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat apabila sanggup mengadaikan prinsip demokrasi demi kepentingan seorang individu.

“Apa pun keadaannya, PAS berpandangan perdana menteri locum bukanlah amalan yang baik dan tidak mencerminkan kerajaan yang dipimpinnya sebuah kerajaan stabil dan kuat,” kata beliau.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga mengingatkan blok pembangkang, pelantikan jawatan Perdana Menteri adalah kuasa Yang di Pertuan Agong dan faktor itu tidak boleh diabaikan kerana baginda memiliki kuasa prerogatif untuk memilih individu yang layak memegang jawatan penting itu.

“Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, jelaslah bahawa selepas PRU14, Yang di Pertuan Agong boleh menggunakan ‘hak istimewa’ baginda untuk melantik seorang daripada 222 orang ahli parlimen Malaysia yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Perdana Menteri akan dilantik dalam kalangan pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di Parlimen,” katanya.

Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa perdana menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti anggotanya.

Mengikut perkara 40 fasal 2 iaitu kuasa prerogatif Yang di Pertuan Agong dalam hal melibatkan pelantikan perdana menteri tanpa perlu mengikut nasihat mana-mana pihak.


Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong

Sekianlah artikel Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/siapa-pmpas-ingatkan-ph-jangan-lupa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong"

Posting Komentar