Perjuangan DAP jauh lebih menghasut

Perjuangan DAP jauh lebih menghasut - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perjuangan DAP jauh lebih menghasut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perjuangan DAP jauh lebih menghasut
link : Perjuangan DAP jauh lebih menghasut

Baca juga


Perjuangan DAP jauh lebih menghasut

Panas berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menghentam Presiden PAS Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk ‘Mengapa kalau Islam tidak boleh?’ yang disiarkan pada 22 Disember lalu.

Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Hadi mahukan menteri kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.

Antara istilah yang Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).

Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Hadi ini yang mahukan menteri kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.

Melihat kepada kronologi isu politik di Malaysia mutakhir ini, intipati sebenar tulisan Hadi ini, pada hemat saya, adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (perdana menteri) yang, mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.

Apa yang mahu ditunjukkan oleh Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.

Ini di antara lainnya terangkum di dalam ayat Hadi ini: “Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi, mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan)”.

Jika Guan Eng menganggap perjuangan Islam PAS sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.

Matlamat PAS, iaitu “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”, adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera”, pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.

Begitu juga dengan matlamat DAP untuk “memulihkan pilihan raya tempatan”, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada Ogos 14, 2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sukar dibayangkan nasib Malaysia jika DAP memerintah bila sekarang pun Guan Eng sudah berani sifatkan tindakan menyebut apa yang ulama Fiqh Politik Islam seperti Al-Mawardi katakan sebagai menghasut, merbahaya, ekstremis dan tidak berperlembagaan.-29/12/2017

Dr Kamarul Yusoff adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia


Perjuangan DAP jauh lebih menghasut

Sekianlah artikel Perjuangan DAP jauh lebih menghasut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Perjuangan DAP jauh lebih menghasut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/perjuangan-dap-jauh-lebih-menghasut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perjuangan DAP jauh lebih menghasut"

Posting Komentar