Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam

Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam
link : Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam

Baca juga


Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam

Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir dijangka tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan (Dun) Negeri Ayer Hitam yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Jangkaan itu adalah berdasarkan beberapa faktor isu tempatan yang dikatakan sedang hangat diperbualkan di kalangan orang ramai di Dun berkenaan termasuk berhubung masalah dalaman parti dan kegagalan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Desas-desus yang bertebaran di kalangan orang ramai kini menyatakan kononnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian yang diketuai Mukhriz dikatakan hingga kini gagal menyusun jentera untuk menghadapi PRU ke-14.

Ekoran Mukhriz yang selalu mengelilingi negara di pentas-pentas ceramah dan memenuhi jemputan program parti, beliau dikatakan hanya meletakkan tanggungjawab menguruskan Bahagian PPBM itu kepada wakilnya sahaja.

Selain itu, kaedah Mukhriz yang hanya mengharapkan wakilnya membuat kerja-kerja untuk beliau di kawasan menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa Pengerusi PPBM Kedah itu tidak belajar dari kesilapan lalu.

Difahamkan ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, beliau amat jarang turun ke Dun Ayer Hitam dan lebih banyak meluangkan masa di ibu negeri, selain sering berulang alik ke ibu negara untuk bersama keluarganya yang menetap di sana.

Kekerapan Pengerusi Pakatan Harapan itu berulang alik ke ibu negara dengan kapal terbang pada hampir setiap minggu ketika menjadi Menteri Besar dikatakan telah melayakkan dirinya menerima status "frequent flyer" oleh sebuah syarikat penerbangan di negara ini.

Selain itu, Mukhriz juga dilihat kerap bercuti bersama keluarga ke luar negara berbanding meluangkan masa dengan rakyat yang diwakilinya dan hanya mengharapkan wakilnya di kawasan.

Difahamkan ramai di kalangan rakyat di kawasan tersebut merungut dan "bercakap belakang" mengenai prestasi Mukhriz yang gagal menandingi bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang begitu prihatin di Dun Sungai Limau.

Keadaan jalan raya di Sungai Limau ketika arwah Ustaz Azizan mentadbir negeri dikatakan jauh lebih baik diselenggara berbanding di Ayer Hitam yang tidak berturap dan berlubang di sana-sini jarang diselenggara walaupun Mukhriz ketika itu menjawat jawatan Menteri Besar.

Tidak dapat dipastikan mengenai kerusi yang bakal ditandingi Mukhriz pada PRU ke-14 nanti, namun desas-desus mengatakan beliau bakal bertanding di kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini.

Selain Ayer Hitam, antara Dun yang dikatakan bakal menjadi pilihan Mukhriz adalah Bakar Bata, Jitra dan Kuah, manakala bagi kerusi Parlimen pula, beliau berkemungkinan besar akan bertanding di Kubang Pasu, Merbok atau Langkawi.

Walau bagaimanapun, terdapat juga desas-desus yang mengatakan beliau akan "berhijrah' dan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Selangor bagi memastikan risiko minimum tewas bertanding pada PRU ke-14 nanti.


Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam

Sekianlah artikel Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/mukhriz-bakal-beralih-arah-ke-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mukhriz Bakal Beralih Arah ke Selangor Tinggalkan DUN Ayer Hitam"

Posting Komentar