Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen

Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen
link : Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen

Baca juga


Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen

Meriah lagi pilihanraya ke 14 yang dijangka berlangsung pada suku pertama 2018 selepas PAS mengumumkan mereka akan bertanding hampir dua pertiga kerusi Parlimen di seluruh negara.

Ini bermakna PAS akan mencipta sejarah tersendiri jika benar mahu meletakkan calonnya bertanding di lebih 130 kerusi parlimen. Ini bermakna PAS akan memimpin gabungan ketiga selepas UMNO memimpin BN, DAP memimpin Pakatan.

PAS sebelum ini mengadakan kerjasama dengan beberapa parti kecil atas nama Gagasan Sejahtera.

Pendirian PAS untuk bertanding lebih 130 kerusi itu dinyatakan sendiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika melancarkan ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di Dewan Tok Guru, Rusila,Marang malam tadi.

Beliau berkata, PAS akan bertanding sebanyak-banyak kerusi kerana PAS akan bersama dengan gagasannya sendiri, bukan dengan Barisan Nasional atau Harapan.

“PAS dengan angkatannya sendiri. Bagi negeri Terengganu PAS akan bertanding semua kawasan, tidak ada calon parti lain bagi negeri Terengganu. Akan jadi begitu.

“Seluruh negara kita akan usaha, kali ini kita akan bertanding seboleh-bolehnya lebih 130 kerusi parlimen. Akan diusahakan. Menang, kalah itu cerita lain,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, apa yang penting ialah setelah berazam, bertawakal kepada ALLAH, ahli-ahli PAS mesti patuh dan taat dalam perjuangan.

Beliau berkata, PAS bagaimanapun tidak boleh menang dengan kekuatan ahli, penyokong serta orang yang kuat PAS sahaja tetapi perlukan sokongan tambahan.

“Bagaimana kita hendak buat, (ia) memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi. Banyak ‘dia’ kata, fitnah pada kita (tetapi) kita kena jadi macam pohon kayu yang berbuah.

“Walaupun anak-anak yang nakal dan jahat melontar dengan kayu dan batu, pohon kayu itu membalas dengan buah-buah yang masak. Ini cara yang kita kena faham.

“Jangan orang baling dengan batu kita balas dengan batu juga. Sama-sama ‘benjol’. Tidak boleh menarik orang. Mesti dengan cara yang (boleh) menarik orang.

“Perkenalkan agenda ekonomi kita, pendidikan kita, pentadbiran kita yang bebas rasuah. Kita telah berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan sehingga hari ini,” katanya.

Dalam masa sama katanya, PAS juga berjaya memerintah Terengganu dan memimpin negeri Kedah selama satu penggal dengan memimpin kerajaan yang bersih.


Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen

Sekianlah artikel Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/meriah-pas-bertanding-di-130-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Meriah... PAS bertanding di 130 kerusi Parlimen"

Posting Komentar