KENAPA KITA PILIH UMNO?

KENAPA KITA PILIH UMNO? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KENAPA KITA PILIH UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KENAPA KITA PILIH UMNO?
link : KENAPA KITA PILIH UMNO?

Baca juga


KENAPA KITA PILIH UMNO?

Sambil di temani secawan teh tarik dan roti canai, selepas berhempas pulas malam tadi hingga lewat pagi menyusun beberapa dokumen kerja saya nikmati sarapan sambil melayar posting rakan-rakan seperjuangan. Ada yang agresif dan ada yang santai. Terpulang cara penyampaian sokongan berterusan kepada PM, UMNO dan BN.

Saya di hidangkan perang politik sejak kecil. Sekitar tahun 80an. Waktu tu boleh di katakan hujah hujah politik sudah jadi mainan halwa telinga kerana beberapa ahli keluarga saya memegang jawatan penting dalam dua pihak yg bertentangan. Kerajaan dan pembangkang. Antara ahli politik yang paling dominan saya ikuti sejak kecil adalah dua karekter besar dalam sejarah politik Malaysia moden. Iaitu Tun Mahathir dan Lim Kit Siang.

Menariknya dua pemimpin ini adalah bagaimana mereka melakukan strategi dan taktikal masing masing dalam meluaskan pengaruh politik mereka dalam meneruskan survival politik Malaysia yang penuh dengan liku, airmata, pengorbanan, kecewa, kuasa, berpaling tadah dan ada yang hingga mengorbankan nyawa. Boleh kata tidak berbeza dengan negara negara lain. Cuma ramuan dan citarasa kita yang berbeza.

Memegang kuasa selama 22 tahun bagi Tun Mahathir bukan satu perkara mudah dan beliau terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk kekal. Cara yang paling mudah dan selamat adalah satu...dictatorship dan cronies. Kalau kita ikuti sejarah Pru di bawah kuasa beliau, terbukti beliau bukan lah sepanjang 22tahun di sanjung penuh baik rakyat mahupun ahli UMNO sendiri. Ini realiti. Beberapa PRU termasuk AGM terbukti beliau hampir kalah tipis dan salah satu nya di bantu oleh salah satu sinar baru UMNO waktu itu yang mana tak bukan adalah DS Najib.

Berbanding Tun Mahathir, Lim Kit Siang memulakan karier dengan membentuk satu aliran baru dalam suasana cakna berpolitik di kalangan rakyat Malaysia masih cetek dan pendekatan agresifnya menarik minat non bumis dalam memilih opsi platform survival bagi bangsa mereka. Khususnya golongan muda. Aliran sinambungan dari kuasa buruh bertukar kepada kuasa politik dan memainkan sentimen perkauman tidak pernah lekang dari bibir dan lidah beliau. Kerana beliau faham, kelemahan ekonomi dan provokasi kaum adalah salah satu cara bagi mendapatkan simpati perjuangan beliau. Ini kerana golongan ini amat memerlukan survival kerana mereka sudah tiada tanah lagi buat generasi depan melainkan Tanah Melayu.

Tahun demi tahun, pemimpin silih berganti dan kini, kita bersama DS Najib. Salah satu pemimpin UMNO yang naik tanpa kekerasan dan berwatak lembut tapi tegas. Sejak di lantik sebagai PM menggantikan Tun Abdullah, saya masih ragu ragu adakah beliau mampu survive dalam perang politik di Malaysia yang memang terkenal tak kenal mangsa. Ribuan yang naik dan tak lupa ribuan yang tenggelam. Tun Abdullah yang mana sewaktu dalam jawatan dan memiliki orang kuat Khairi Jamaluddin , pemimpin kelahiran Oxford dan muda masih gagal melawan desakan Tun Mahathir dan terpaksa melepaskan jawatan.

Waktu itu saya sudah nampak corak dan paten strategi bagaimana. Dalam perkiraan saya, sesiapa yang di lantik menggantikan Tun Abdullah dan jika beliau survive lebih dari 5 tahun, beliau perlu di beri credit oleh saya dan rakyat kerana watak ini lah yang benar benar akan membawa perubahan secara total jauh dari perskrepsi yang di suap Tun Mahathir selama 22 tahun. Watak ini akan membawa arus perubahan yang benar benar membawa negara dari satu titik acuan ke acuan yang lain.

Yang menarik mengenai DS Najib ialah cara beliau menghadapi serangan bertalu hingga melibatkan keluarga khususnya Datin Seri Rosmah. Waktu awal isu isu fitnah, saya masih ragu ragu dengan standing DS Najib. Tapi sebagai Non Partisan waktu itu, saya ambil langkah matang untuk melihat bagaimana isu ini di tangani. Ternyata dugaan saya benar. DS Najib perlahan bangkit dan terus menunjukkan komitmen beliau yang serius sebagai PM dan tidak tunduk dengan fitnah fitnah yang berkeliaran siang dan malam. Untung Tun Mahathir zaman dia tiada internet. Kalau tidak saya tak terkejut jika setiap minggu tahanan di tahan atas kesalahan akta hasutan! Mungkin setiap hari! Teringat kes 98...

Sekarang saya lihat BN semakin kukuh walau masih banyak perlu di baiki. Kesilapan terbesar PH adalah sewaktu mereka melakukan drama bersalaman antara dua seteru politik zaman dinosaur dan termasuk satu lagi DS Anwar. Tiga badut politik Malaysia yang bercakaran dan mengakibatkan rakyat bersengketa atas nama politik dan akhirnya mereka menjilat ludah masing masing demi satu tujuan yang mana pada saya amat bodoh tujuannya. MENJATUHKAN NAJIB?! Hahaha...

Dalam meneruskan hidup sebagai rakyat pada saya mudah, selagi kesultanan ada dan agama bangsa di pertahankan, setiap rakyat tanpa kira agama dan bangsa boleh meneruskan kehidupan dan amalan mereka dengan bebas dan aman, peluang peluang dan bantuan di berikan oleh kerajaan, kos sara hidup yang masih di bawah kawalan, kita teruskan menyokong. Dunia sudah global rakan rakan sahabat sekalian. Pendekatan kerajaan bagi terus memimpin adalah terbaik pada saya. Merantau dan kamu akan faham. Tiada bumi bertuah melainkan tanah tumpah darahmu. Jangan di sebabkan fitnah politik kita bunuh tanah ini. Jauhi fitnah PAkatan Harapan yang cuma berharapan ke Putrajaya...

Amzari Em Abas
Pemerhati Politik


KENAPA KITA PILIH UMNO?

Sekianlah artikel KENAPA KITA PILIH UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KENAPA KITA PILIH UMNO? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/kenapa-kita-pilih-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KENAPA KITA PILIH UMNO?"

Posting Komentar