Judul : Kementerian Kewangan jawab dakwaan Dr Mahathir pasal 'hilang' AS39.6 billion
link : Kementerian Kewangan jawab dakwaan Dr Mahathir pasal 'hilang' AS39.6 billion
Kementerian Kewangan jawab dakwaan Dr Mahathir pasal 'hilang' AS39.6 billion
Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun,Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya cukup faham pasal urusan kewangan negara dan tidak main pukul borong buat tuduhan yang tidak tepat.
Siapa tahu mungkin fikiran beliau dibebani masalah kerugian urusan tukaran wang asing sebanyak RM31.5 billion pada zaman pentabirannya beliau sudah main tuduh AS39.6 billion yang mengalir keluar dari negara antara 2013 hingga 2015 juga akibat kerugian sama.
Ini mendorong Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Ghani tampil ke depan dengan satukenyataan pada Selasa untuk menjelaskan dakwaan Dr Mahathir yang disiar menerusi youtube baru-baru ini adalah tidak betul.
Beliau menjelaskan kerugian yang didakwa bekas Perdana Menteri itu sebenarnya adalah penyusutan rizab antarabangsa susulan pengaliran keluar modal asing daripada Malaysia dan bukannya kerugian akibat dagangan matawang asing.
“Pengaliran keluar modal itu adalah disebabkan kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang lemah, jangkaan normalisasi dasar monetari Amerika Syarikat serta kejatuhan teruk harga minyak dunia.
“Ketiga-tiga faktor tersebut memberi tekanan kepada pelabur asing untuk mencairkan pelaburan mereka dalam pasaran saham dan bon tempatan.
“Situasi ini bukan hanya terjadi kepada Malaysia malah turut menjejaskan negara-negara membangun yang lain termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan dan Taiwan,” jelasnya.
Menurut Johari, setakat hujung November 2017, rizab antarabangsa berada pada paras AS$101.9 bilion dan mencukupi untuk menyokong 7.5 bulan import.
Rizab tersebut adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding AS$21.7 billion yang direkodkan pada 1997 yang pada ketika itu hanya mampu menyokong 3.4 bulan import.
Johari kata sistem pengurusan rizab antarabangsa ketika ini berfungsi dengan baik sekaligus menjadikan pasaran kewangan Malaysia berada dalam keadaan stabil terutama ketika berhadapan dengan pengaliran keluar modal secara besar-besaran.
Katanya penurunan rizab sebanyak AS$39.6 bilion tidak memberi sebarang impak kepada ekonomi Malaysia serta kedudukan kewangan Bank Negara.
“Hakikatnya, BNM terus merekodkan keuntungan bersih yang positif sepanjang tempoh berkenaan. Tidak seperti yang berlaku pada 1993 apabila mencatatkan kerugian operasi disebabkan oleh aktiviti perdagangan matawang asing secara spekulatif.
“Ingin saya tegaskan bahawa rizab antarabangsa kekal sebagai penempan penting kepada tekanan luaran dan merupakan perkara utama di dalam memastikan kestabilan operasi ekonomi domestik.
“Sejak dari tempoh tersebut, rizab antarabangsa Malaysia telah pun meningkat,” katanya.

Sekianlah artikel Kementerian Kewangan jawab dakwaan Dr Mahathir pasal 'hilang' AS39.6 billion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kementerian Kewangan jawab dakwaan Dr Mahathir pasal 'hilang' AS39.6 billion linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/kementerian-kewangan-jawab-dakwaan-dr.html
0 Response to "Kementerian Kewangan jawab dakwaan Dr Mahathir pasal 'hilang' AS39.6 billion"
Posting Komentar