Judul : HILANG DIVIDEN AKIBAT BNM RUGI
link : HILANG DIVIDEN AKIBAT BNM RUGI
HILANG DIVIDEN AKIBAT BNM RUGI
#TahukahAnda Bank Negara Malaysia (BNM) gagal melakukan sebarang pembayaran dividen kepada Kerajaan Persekutuan antara 1993 hingga 1997 kesan kerugian yang dialami oleh bank pusat itu akibat aktiviti urus niaga mata wang asing (forex) pada awal 1990-an.
Mengikut laporan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), BNM kebiasaannya akan membayar dividen antara RM500 juta hingga RM1 bilion setahun sebelum 1992.
“Hal itu menyebabkan kerajaan kehilangan keuntungan modal dan dividen yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara. Kerugian forex tersebut mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi negara,” menurut laporan itu yang ditandatangani oleh Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Laporan itu juga mendedahkan aktiviti forex yang dipercayai dibiarkan bebas dilakukan juga mendapat perhatian daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), bank-bank pusat antarabangsa termasuk Bank of England dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
Malah majalah Far Eastern Economic Review dan akhbar-akhbar tempatan pada ketika itu juga melaporkan tahap urus niaga forex BNM adalah sesuatu yang lazimnya tidak dilakukan oleh bank-bank pusat lain.
Sehubungan itu, RCI mengesyorkan beberapa individu seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat BNM yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk urusan forex tersebut, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas dasar tanggungjawab yang dipikul oleh mereka pada waktu berkenaan.
Suruhanjaya juga tidak dapat menerima kemungkinan Dr. Mahathir tidak mempedulikan masalah yang dihadapi oleh BNM atau dimaklumkan mengenai perkara itu, berdasarkan sifat teliti bekas Perdana Menteri tersebut mengikut kenyataan saksi.
“Sebagaimana dinyatakan oleh saksi, Tan Sri Clifford Francis Herbert (bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan), beliau menjangkakan Dr. Mahathir (#BapaKleptokrasi) akan marah, tetapi reaksinya normal dan didakwa berkata: “sometimes we make profit, sometimes we make losses”.
“Reaksi penerimaannya terhadap kerugian forex yang besar menunjukkan bahawa beliau mungkin mengetahui mengenai urus niaga dan saiznya,” menurut laporan RCI itu.
Laporan itu juga mendedahkan, beberapa saham syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional telah dijual kepada BNM pada harga yang rendah, dan seterusnya melupuskan semula saham berkenaan pada harga tinggi dan diterjemahkan sebagai keuntungan.
Makanya #FikirFikirkanlah ya, #TakFahamTakpe
HILANG DIVIDEN AKIBAT BNM RUGI
Sekianlah artikel HILANG DIVIDEN AKIBAT BNM RUGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca HILANG DIVIDEN AKIBAT BNM RUGI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/hilang-dividen-akibat-bnm-rugi.html
0 Response to "HILANG DIVIDEN AKIBAT BNM RUGI"
Posting Komentar