Forex: Mahathir 'salah tembak'...

Forex: Mahathir 'salah tembak'... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Forex: Mahathir 'salah tembak'..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Forex: Mahathir 'salah tembak'...
link : Forex: Mahathir 'salah tembak'...

Baca juga


Forex: Mahathir 'salah tembak'...

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad 'salah tembak' apabila menempelak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara berjumlah  RM31.5 billion, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Dr Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, kata beliau, bekas perdana menteri itu sepatutnya marah dengan (penasihat DAP) Lim Kit Siang.

“Murad hanya memberi keterangan dalam pendengaran RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan bahawa jumlahnya adalah  RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.

“Bagaimanapun, Kit Siang lah, yang selama 20 tahun, mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex  Bank Negara,” menurut beliau menerusi  catatan terkini dalam  blog sskeruak.blogspot.my.

Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.

Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.

“Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih  tinggi daripada mencari kebenaran.

“Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” tanya beliau.


Forex: Mahathir 'salah tembak'...

Sekianlah artikel Forex: Mahathir 'salah tembak'... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Forex: Mahathir 'salah tembak'... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/forex-mahathir-salah-tembak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Forex: Mahathir 'salah tembak'..."

Posting Komentar